Planetarium Melaka

Planetarium Melaka

Jika anda ke Melaka pastikan bawa anak anak ke Planetarium Melaka tau. Eh Planetarium bukan di Kuala Lumpur ke? Jangan tak tahu di Melaka ada Planetarium tau. Ainul pun baru tahu. hihi

Bulan lepas berkesempatan ke Melaka untuk ziarah kawan kawan yang baru lepas bersalin. Bila sudah ke sana pasti la ambil peluang untuk bawa anak anak berjalan jalan kan.

Planetarium Melaka ini terletak di MITC. Dibuka setiap hari termasuk Sabtu Ahad dan Public Holiday. Harga tiket RM10 je untuk dewasa. Kanak kanak FREE

Sejak kecil ayah Ainul suka bawa pergi Planetarium di Kuala Lumpur. Jadi Ainul memang suka sains angkasa. Siapa pernah verangan nak jadi ahli sains angkasa tau. Husband pun giler sains jadi anak anak pun kena suka sains la.hehe

Masa kami pergi ni hari ahad tapi tak ramai orang pun.bukan tak ramai kami je. Harap ramai ibu bapa rajin bawa anak anak ke sini. Best tau. Yelah selain bawa ke pantai, playground. Planetarium tempat yang sesuai tunjuk anak matahari, bulan, bumi. dan bersediala pelbagai soalan dari anak anak. Bagus la kan. Sel sel otak mereka berhubung..
” kenapa sun tu big mama? ”  ” eh.. bumi is  small la babah “
itu dia Arreessa yang sangat excited nampak planet. Selalu teacher ajar di school.mama babah tunjuk dalam buku & tv je
Itu dia matahari.. Babah dia yang over excited sebeno nya
Maryam pelik apa la yang bercahaya ni. 
Ada di satu ruang menenpatkan sejarah pakar pakar sains yang mengkaji angkasa. Apa peralatan yang mereka lakukan. Ada jam matahari. memang benda yang susah kita nak dapat tengok tapi kita boleh tengok di sini
Arreessa di bawah planet…
Di Planetarium ini juga ada teater mengenai angkasalepas. Ada waktu tertentu untuk tayangan. Wayang tu dalam bentuk dome dan kita duduk mengadap ke atas. 3D dan rasa macam berada di angkasa lepas. Pastikan anda tidak terlepas peluang tau
Kepada anda yang ke Melaka untuk bercuti pastikan Planetarium ini berada dalam list tempat untuk dilawati
More info mengenai Planetarium ni boleh layari
Facebook : https://www.facebook.com/MelakaPlanetariumASC/photos_stream

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge