Ramadan lebih Ceria Dengan Kiwi Zespri

Ramadan lebih Ceria Dengan Kiwi Zespri

Bulan Ramadan ni merupakan bulan untuk kita mengembalikan kecergasan badan. 11 bulan asyik makan je , jadi 1bulan SPECIAL untuk kita renew badan kita. Ramai yang tak tahu berpuasa dapat menyihatkan badan. Sebab ini la ramai non muslim juga ambil peluang berpuasa untuk kesihatan.

Ramadan akan lebih sihat, cergas jika pemakanan ketika bersahur dan berbuka adalah sihat. Ini time berbuka kemain pulun makan semua jenis makanan..mana la nak sihatnyer. Banyak lemak dan kolestrol. Masuk Raya bertambah tambah lagi makanan banyak kolesterol. adoii

Masa berbukapuasa dan bersahur, kita digalakkan makan kurma atau buah buah. Buah buahan yang banyak vitamin C dapat membantu pencernaan yang baik dan sihatkan badan kita

Salah 1 buah yang kaya dengan Vitamin C adalah KIWI. kegemaran Ainul semestinya kiwi Zespri. Segar dari ladang

Bersahur dengan Kiwi Sungold. Sungold ni lebih kaya dengan Vitamin C #wakeupwithakiwi

Berbuka Puasa dengan Kiwi Hijau #GetFreshWithAKiwi

Kenapa perlu makan Kiwi?

Buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding buah oren selain mengandungi dua kali ganda kandungan vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi GI ( indeks glisemik ) yang rendah serta mengandungi serat yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Buah kiwi sesuai di makan mentah bersama kulitnya. Selain menjadi penambah selera apabila dimasukkan dalam masakan, secara puratanya buah kiwi menyediakan kandungan vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium, dan zink yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan meyeluruh.

Kelebihan kandungan buah kiwi :

  1. Vitamin C – mengandungi 2 kali ganda vitamin c berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu di ambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang di sarankan.
  2. Vitamin E – jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semulajadi. Lebih-lebih lagi buah yang buah yang boleh menjadi sumber vitamin E ( yang dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan )
  3. Asid Folik – sumber semulajadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi ( manusia memerlukan asid foliksebelum dan ketika hamil ) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid Folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik yang mencukupi.
  4. Potasium – mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpontensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan jantung.
  5. Lutein Karotenoid – bukan sahaja mengandungi kandungan lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi di buktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  6. Antioksidan ( contohnya polifenol dan karotenoid ) – berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  7. Serat – Buah kiwi sesuai di makan unutk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semulajadi. 
Jadi Pastikan Buah Kiwi merupakan antara buah yang ada ketika berbuka dan bersahur. Semoga Ramadan kita lebih ceria dan cergas.. 
Selamat Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge