Resepi Beriani kambing Mudah Dan Sedap

Cabaran New Zealand Food Connection Blogger Food Bag Challenge untuk bahan ke dua. Untuk makluman, Ainul telah dicabar untuk memasak 2 resepi dari bahan bahan yang didapati di New Zealand Food Connection 2016. 3 bahan telah diberikan dan Ainul telah memilih 2 bahan iaitu greenshell mushell dan lamb Pure South. Resepi pertama iaitu Tomyam GreenShell Mussels 

Untuk resepi ke dua ini, Ainul memilih untuk masak beriani Kambing. Kambing yang Ainul gunakan adalah dari Pure South

Daging kambing dari jenama Pure South adalah Halal dan disahkan oleh dua organisasi di New Zealand iaitu New Zealand Islamic Meat Management (NZIMM) dan Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ).
Kita boleh dapatkan kambing Pure South ini di Jaya Grocer. Harga mengikut berat dan dianggarkan dalam RM26-RM28 ikut berapa gram yang kita pilih.

Resepi Beriani Kambing Yang Mudah Dan Sedap

Kambing Beriani

Bahan Bahan Beriani kambing
Kambing Pure South dipotong kecil dan dibasuh dengan tepung gandum. 

Bahan  A – dikisar

1 biji bawang holland 
3 biji bawang putih 

Bahan B 

 Carrot – potong kecil
Tomato – potong 4

Bahan Lain

4 sekawan – kayu manis, bunga cengkih, jintan, buah pelaga
susu cair 
rempah beriani – Ainul guna brand Adabi

Cara Menyediakan Beriani kambing Ainul Mustafa Style

1.  Panas minyak dan masukkan 4 sekawan. Kemudian masukkan bahan bahan yang telah dikisar dan goreng sehingga garing.

2. Bila bahan kisar sudah garing, masukkan rempah beriani. Serbuk rempah ini Ainul bancuh dahulu menjadi pes.

3.  Biarkan seketika bagi rempah garing dan pecah minyak. dan kemudian masukkan carrot

4. Masukkan kambing pure south dan biarkan ianya masak seketika

5. Bila kambing sedikit empuk, masukkan susu cair. Boleh juga masukkan santan jika suka. kemudian masukkan gula, garam secukup rasa

6.  Masak beriani kambing sehingga empuk dan masukkan tomato

Beriani kambing sedap dimakan bersama nasi putih panas. Istimewa kambing Pure South adalah kambingnya kurang bau hamis . Kambing Pure South juga kurang lemak dan isinya lembut . tidak perlu masak lama untuk dapatkan daging yang empuk.

tahukah anda, daging hasil product Pure South adalah bebas dari sebarang suntikan dan rendah lemak. semua info boleh di dapati di website Pure South 

Terima Kasih New Zealand Food Connection untuk semua produk yang bermutu tinggi dan segar. Untuk maklumat lanjut mengenai product new zealand boleh ke www.newzealand.com & NZ Global

7 Replies to “Resepi Beriani kambing Mudah Dan Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge