Resepi Homemade Pizza Senang & Sedap

Assalamualaikum & Selamat berhujung minggu. Apa nak buat hari ni? time cuti sekolah ni kena buat aktiviti dengan anak anak. kalau tak asyik mengadap handphone atau tv je kan. Selain pergi zoo, kidzania aktiviti dekat rumah kita boleh mewarna, main playdoh. 
Aktiviti lain yang Arreessa & Ainul suka buat bersama adalah memasak.. yeahhh!!! mostly kami suka baking bersama. Ainul tak pandai dalam baking dan tak minat sangat. Sebabkan nak buat aktiviti dengan Arreessa terpaksa la belajar. Jadi resepi Ainul memang paling senang. tak suka yang banyak sangat bahan bahan nya dan kena timbang bagai. hihiii
Banyak kali juga google resepi homemade pizza ni. Kebanyakkan kena timbang. kat rumah takde penimbang jadi tak kuasa nak p beli semata mata nak buat pizza.. ahksss nampak tak kekejaman mama Arreessa ni. huhuu
Google punya google terjumpa la resepi kak Filla yang guna cawan je uolss. senang kan.. Terus beli bahan bahan buat pizza ni. Bahan bahan pun senang nak cari. Kat Tesco pun ada. 
Bahan – Bahan Doh Pizza
4 cawan tepung gandum
Yis Mauri-pan ( Ainul guna half je )
1 sudu garam
1 sudu gula
1/4  cawan olive oil ( Ainul guna minyak masak je, olive oil habis huhu )
1  1/2 cawan air suam


Cara nak buat doh pizza super senang 

1. Masukkan 1 sudu garam & ayak dengan 4 cawan tepung gandum . Kalau takde pengayak takpayah ayak. huhuuu.. Ainul tak ayak pun. campak semua masuk dalam bekas.


2. masukkan half yis mauri-pan ke dalam 1 1/2cawan air suam. 
3. masukkan 1 sudu gula dalam air yis tu dan kacau.
4. Buat bulat kat tengah tepung dan masukkan 1/4 cawan minyak dan air yis. 
5. Uli sampai jadi lagu ni naa
ni belum betul betul uli betul betul tau. korang kena uli sampai adunan ni tak melekit kat tangan . 
Lepas dah uli , tutup aduanan bagi dia rehat kejap. berapa lama? Ainul tunggu dalam 30minit.  Nanti korang punya aduan akan kembang dan lembut.. 
Lepas 30minit tu, tekan tekan sikit doh tu bagi angin keluar. lepas tu boleh la penyek penyek doh jadi bentuk pizza. Ainul guna tangan je. dan bekas nak bakar bentuk petak jadi pizza kami bentuk petak la. hihi.. kalau nak bulat kena cari bekas bulat la ye. kot nak bentuk love, hexagon ke boleh boleh..

Bahan -Bahan Topping Pizza Sempoi punya
1. Sosej
2. Mozzarella Cheese
3. Sos tomato
4. Sos cili
Sempoi je kan nak buat topping. Sebenarnya nak beli sos prego tu sekali terlupa daaa… Jadi percubaan pertama kan , kita guna je la apa yang ada kat rumah ni. 
Ainul campurkan sos tomato & sos cili. Kalau korang suka masam masam lebihkan la sos tomato. Ainul lebihkan sos cili bagi sedikit pedas & manis. Tak de sukatan sebab ikut selera tekak masing masing nak lebih tang mana…
Sapu campuran sos ke atas topping. Letak sosej & taburkan cheese. ada orang letak cheese dulu lepas tu sosej dan cheese semula. Suka hati korang dik. Takde salahnya. Memasak ni ikut kreatif, tekak, selera masing masing. 
Boleh la bakar pizza kita di dalam oven. Suhu 220c dalam masa 15 minit. 
hasilnya…

Walaupun letak sos cili sos tomato je tetapi rasanya dah cukup sedap.. 
Ainul sempat makan 1-2 slide je.. Masuk dapur petang tu habis licin sudah semuanya. huhuu
kali kedua Ainul buat dan letak sos prego. Arreessa tak suka. Masam katanya. Dia lagi suka sos tomato sos cili je. Bagus jimat duit mak ko..hihii
resepi pizza paling sempoi senang je kan.. 
Selamat mencuba !!! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge