Resepi Sup Ayam Untuk Bayi 9 Bulan Yang Senang Dibuat Dan Sedap

Bila anak mula start makan, mak mak mula la ligat je kepala otak fikir nak masak apa kan. Awal 6 bulan tu kita mulakan dengan puree buah buahan. Bila sudah masuk 9 bulan tu tak kan la nak puree buah lagikan. Ainul start bagi Maryam makan bubur nasi. Mula mula bubur kosong lepas tu sikit sikit tambah ayam, ikan. Bila mula makan protein pastikan kita amalkan 3days rules. Ada yang 4 days. Bila nampak baby makan tiada naik alahan maka ok la

Hari ini Ainul nak share resepi buat sup ayam baby yang sangat senang dan sedap. Macammana tahu sedap? sebab Mama Maryam rasa dulu.hehehe

Bahan-Bahan untuk Resepi Sup Ayam Baby adalah

Ayam, lobak merah, tomato, olive oil & unsalted butter
Mudah je kan bahan bahannya
Cara untuk menyediakan sup ini pun senang..
1. Masukkan olive oil dan unsalted butter ke dalam periuk. Tumis la sikit
2. Masukkan air. Banyak mana tu depends pada anda nak banyak mana la kan sup nya
3. Masukkan carrot yang dipotong halus, ayam dipotong kecil dan tomato. Tomato pastikan buang biji dalamnya. 
4. Masak sehingga carrot empuk dan ayam masak
5. Blend kesemua bahan bahan termasuk air sup
INGAT !! Tiada GULA & GARAM dalam makanan baby
Anda boleh simpan sup ini di dalam bekas simpan puree dan masukkan dalam peti ais. Nanti bila guna boleh panas kan sahaja. 
Boleh dicampur dengan bubur nasi atau pasta baby
Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge