SAHABAT

SAHABAT

Tugasan Nanny Lyna yang baru nak buat.hihi. masa kelas khas untuk leader last week kami ditugaskan untuk tulis 3C di sekeping kertas. 3C untuk car, country & Character. Bila semua dah tulis kertas kena bagi kepada Master Lyna. Ingat lepas kelas kena ambil balik dan present kat depan sekali dapat kertas orang lain dan kena buat entry khas untuk orang yang kita dapat kertas tu. 

Tak sangka Ainul dapat orang sebelah je. dan orang itu adalah sahabat baik saya. Saya kenal beliau hanya dari 1 group di facebook. kemudian kami menjadi adik beradik Shaklee. erti kata lain pesaingan dalam business tapi kami tak pernah anggap pesaing tetapi adik beradik yang saling bantu membantu

Jom kenali wanita hebat ini

Nama beliau Nurul Hidayah atau nama glemer Chrysalis Nurul. Dulu tak reti nak sebut Chrysalis ni. terbelit lidah den. almaklum la orang makan belacan banyak..huhuu

Apa 3C nurul?

Car

kereta idaman nurul ni adalah range rover.. warna merah sesuai untuk nurul ni. Jangan lupa nak tumpang ye..hihi

Country

Paris

Nurul nak sangat p Paris sebab nak ambil gambo dekat Eiffel Tower , nak travel seluruh eropah dan nak naik train dari Brussels ke Paris

Impian kita nak ke Paris sama la. Ok nanti boleh plan p Paris sesama. Teringin nak p Paris.kata kota cinta. hehe

Jom RCA dulu….. Paris..Paris..Parisssss


Belgium

Lagi satu Nurul ni teringin sangat nak p Belgium. Apa yang best tak sana?  takde dalam list Ainul pulak Belgium ni.huhu
Nurul cakap dia nak sangat p Belgium sebab Belgium ada bangunan lama yang cantik dan nak p makan Belgium waffle & choc.. Jauhnyer nak p makan waffle
Nurul ni pandai buat kek tau. Ainul paling suka brownies.. Serius sedap. Siapa nak order boleh contact dia..


Character

Antara orang yang Nurul ni kagumi adalah Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Kenapa?
1. Dia tahu tanggungjawab dia sebagai khalifah di bumi Allah
2. tetap pendirian walau apa pun tomahan orang pada dia
3.sangat merendah diri
4. dikasihi dan disegani ramai orang
5. Ilmu agama yang luas
Ainul pun kagum dengan TGNA. Semoga kita semua cekal seperti Allahyarham. Al-Fatihah
itu dia 3C yang Nurul nak sangat. Semoga apa yang Nurul hajati akan tercapai. Dipermudahkan perjalanan.. 
Kepada Nurul, terima kasih kerana sudi menangis, ketawa bersama saya. Persahabatan yang mahal harga nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge