Sales Gunakan Blog ,Instant Article & Article Viral

Hi Selamat pagi semua.Sabtu lepas Ainul ada buat sharing macammana nak buat sales business menggunakan blog, buat Instant Article & Article Viral menggunakan blog. Kiranya semuanya guna blog.

 

Kenapa sales guna blog?

Ainul memang asalnya promote business Ainul guna blog. masa tu jarang la update facebook dan masa tu belum ada IG. dari blog comel ni la yang membantu jana pendapatan tambahan Ainul sampai la Ainul boleh resign as engineer untuk full time buat business.

Blog ni yang best.. kita tulis sekali, blog akan bekerja 365hari, 24jam untuk kita. Best tak? best tak?

Kenapa nak buat benda yang kita kena buat banyak kali.. lepas tu kalau tak buat habis… kena sentiasa aje update. Yelah blog pun kena la update selalu baru la google kenal kan. Tapi takde la setiap 10minit kena update

Sebab blog ini power la ramai yang menggunakan khidmat blogger untuk promote product mereka. akan tetapi kita as blogger takkan nak review aje keje nyer. itu pun kalau dapat job, dibayar. kalau tak, takde la duit.

So kenapa kita as blogger tak jadikan blog yang kita dah ada ni sebagai career kita.

Kepada yang belum ada blog atau dah ada tapi belum gunakan blog sebagai platform business sila la guna.

Orang kalau nak beli apa apa orang suka google kan. Jarang kita google benda yang kita tak plan nak. Google pasal hotel mesti kita dah plan nak p hotel tu. Tak sama dengan media sosial lain macam fb, ig. kita buka je newsfeed lalu. eh ternampak .. baca la. kebetulan je kan

Pengalaman 5 tahun dalam business dengan 90% guna blog, pembeli yang datang dari blog sangat senang membeli. Beli barang RM2k pun cash pun pernah.

Bila pembeli google, 80% tu mereka dah memang nak. tinggal 20% kita yakinkan pasal product kita.

Instant Article & Article Viral

benda ni Ainul dengan husband baru je explore. dalam awal tahun 2017 ni. tak sangka la pulak ada entry blog dietdietsihat kami jadi viral.

 

 

 

Akibatnya… non stop whatsapp, call yang kami dapat setiap hari.  Sebagai orang business.. best tak benda ni.Kepada orang business .. sila lah buat blog. memang best tulis blog ni. Macam macam boleh buat.Kepada yang berminat nak Ainul review product mereka boleh email ke ainulfadzilah@gmail.com

Terima kasih

5 Replies to “Sales Gunakan Blog ,Instant Article & Article Viral”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge