sapa menang undi taun nie??

rasanya dari kecik lagi kita mesti selalu dengar kisah umah tangga kecok bila decide nak balik kampung sapa tahun ni??? ada yang sanggup balik sorang-sorang angkara takde yg nak beralah sorang ke utara sorang ke selatan…yang paling teruk ada sampai bercerai berai.huhhuuhu
sekarang ni bila kita yang dah kawen….. adakah kisah itu mmg betul-betul terjadi???


Alhamdulillah saya dan hubby memang sejak kawen ( eleh baru kawen setahun..hihhiii) dah pakat yang balik kampung sapa adalah mengikut giliran. macam tahun lepas, buat pertama kali beraya sebagai sumai isteri, hubby bagi chance kt saya.balik kampung saya la kan.hihihhihii..Apalagi mmg saya pulun la raya sakan. seminggu beraya kat kampung saya. hubby pun tak kisah sbb since kitaorg thn lepas dok dgn family dia.so dia kesian kt saya.raya balik raya umah family saya lak.lagipun hubby pun mmg ramai sedara mara, kawan-kawan yang dok area utara. so sume rumah sedara mara dia kitaorg p.time tu la nk kenal-kenal kan.pengantin baru lg.inai masih merah ualllssss!!!!


Tahun ni, hahahaa giliran beliau la pulak kan.Apa perasaan ainul??? harus la sedey kan.pertama kali tak balik kampung time raya.1st time tak dpt tolong mak masak rendang, ketupat time malam raya.1st time tak dapat nak bgn awal-awal pagi jadi tukang kejutkan adik-adik pagi raya.1st time tak dapat cium tangan mak ayah di pagi raya.huahuahuahuahua!!!!!!!!


Tapi itu adalah adat berumah tangga kan. Bila dah kawen kita akan ada 2 keluarga.tahun ni giliran family hubby pulak. Plan pada mulanya nak balik jugak umah family saya pd raya ke 2 @ 3 tp memandangkan mak buyung ni any time je blh meletopsss… so we decide tak balik ke kampung saya thn ni.mula-mula tu saya menangis..hahaha ingat lagi time tu dalam kete on the way balik keje.kwn hubby yg keje doctor tu suruh pesan after 30w, dh kena prepare segalanya termasuk terdeliver awal.pada mulanya agak degil tp bila pk demi baby tersayang & saya taknak la tetiba sakit tgh2 jam kt highway kan.dah menyusahkan sume org.So tahun ni sebulan beraya di shah alam 🙁

akan tetapi takpe , akan di ‘”qado ” dengan balik ke kampung 60hari bersama-sama mak ayah tyersayang..raya haji bersama keluarga + baby..yeah!!!!!!

cite pasal bergaduh balik kampung ni tetiba saya teringat 1 cite time raya ..kalau tak silap pelakon sbg mak adalah jasmin hamid, ayah tak ingat rasanya rosyam nor.kelakar bila gunakan anak untuk decide balik kampung sapa.
mak: kalau ayah tanya nk balik kampung sapa cakap kampung mama tau.. ingat jgn lawan cakap mak, syurga dibawah tapak kaki ibu..
anak: baik mama
ayah : nanti bgtau mama, yang tahun ni kita raya kat kampung ayah ye.kalau tak ayah tak belikan basikal.nak basikalkan..kan…
anak: baik ayah…

hahaha tapi tak ingat sapa yang menang.. mangsa keadaan adalah anak-anak ..hihihiii
harap kita takde la mcm ni ye.masing-masing ada kampung, family.bertolak ansur la.dan apa salahnya kita beraya kt tempat orang.boleh tau adat, makanan kt tempat orang.my big bos kt tempat saya penah cite yg dia pun buat sistem giliran.dia org pahang & her husband org johor.dia ckp mmg lain la raya kt johor.lain adatnyer dgn kt pahang.makanan pun lain.saya suke cara dia berfikir.think +ve…..

so jangan kecoh-kecoh ye nak balik kampung sapa 🙂

5 Replies to “sapa menang undi taun nie??”

  1. deena : think +ve.best gak raya kt tempat org.yg penting ada hubby kan..

    nad: mak ayah ainul pun kampung sebelah je.so kitaorg dl takde la nk kecoh nk balik raya.skrg ni time diri sendiri plk.hihihii.harap tak meraung la pagi raya nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge