School Holiday Bersama SpongeBob di Pavilion

Cuti Sekolah akan bermula esok. Yeah!!!! Excited la anak-anak kan. Selalu apa plan ibu ibu untuk anak anak di cuti sekolah. Bawa jalan-jalan ke luar negara, dalam negara, balik kampung atau duduk rumah je?

Kalau tak tahu apa planning , jom bawa anak anak ke Pavilion Kuala Lumpur. Shopping Mall yang Exclusive Di Malaysia. Apa nak buat selain shopping dan makan makan? Jom bawa anak-anak ke SpongeBob Summer Holiday Splash.

Semalam merupakan perasmian SpongeBob Summer Holiday Splash. Dengan setiap pembelian RM100 in a single resit, anda akan menerima 1 Bikini Bottom Playland Passes. It’s really FUN tau.. Arreessa sampai taknak balik.

Jemputan sebagai media di majlis perasmian SpongeBob Summer Holiday Splash sangat mengujakan.

Bermula dengan pendaftaran sebagai invited media. Dapat doorgift lagi dan doorgift dari Pavilion sangat BEST..

SpongeBob Summer Holiday Splash Playland ini terletak di Centre Court Level 2. Rasanya yang biasa p Pavilion ni mesti dah familiar kan tempat ini

Bertemakan underwater seperti perumahan SpongeBob. Dilayan seperti VIP hari tu. Ada makanan yang sedap terutama pop corns. Arreessa pulun makan. Hiasan pun comel comel.

Majlis hari tu turut meraikan anak anak yatim. Kemain seronok anak anak bermain dalam Playland. Di dalam playland ada pekerja yang akan bantu jaga anak anak. Ibu Bapa boleh duduk di kerusi comel yang disediakan.

Paling suka rumah pineapple ni.. sama kan macam cite SpongeBob..hehe kantoi mama Arreessa layan SpongeBob 🙂

Akhir sekali wajib bergambar dengan artis pojaan..hehe

Cuti sekolah ni 28 May – 14 June jom ramai -ramai ke Pavilion untuk sama sama bermain di Playland SpongeBob

Jika anda mahu merchandise SpongeBob dan Friends pun boleh didapati di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge