Selepas SPM ke Matrikulasi. Bagus ke Matrikulasi?

Tahniah kepada adik adik yang berjaya dalam SPM. Yang kurang berjaya jangan sedih. SPM bukan penentu segalanya. Banyak jalan lagi untuk berjaya tau.

Destinasi semua pastilah mahu ke Universiti kan. Nak ke Universiti pun ada banyak jalan. Masuk tingkatan 6, Matrikulasi, Diploma , Asasi dan lain lain lagi.

Ainul nak berkongsi mengenai Matrikulasi. Sebab Ainul dan suami product Matrikulasi. Zaman Ainul dulu kena pilih nak masuk U terus atau Matrikulasi. Kalau nak pilih U , Matrikulasi automatik akan terbatal. Masa tu susah jugak nak buat keputusan tau. Tak tahu mana yang lebih baik. Ikut kawan punya pasal jadi pilih la Matrikulasi. Berbaloi tak pilihan itu? Alhamdulillah sangat berbaloi. 
Di Matrikulasi kita wajib duduk asrama tetapi jadual tak macam asrama. Kita ada jadual kelas, masuk lab , tutorial sampai petang. Malam? FREE!!! Bebas takde prep macam asrama. 
Best kan? Memang best tetapi kat sini la tangungjawab kita sebagai pelajar. Malam malam nak tengok tv, dating , lepak cafe atau study. Semua atas diri sendiri. Praktis sebelum masuk universiti. 
Macam Ainul dari sekolah harian biasa jadi dah biasa malam malam kena plan apa nak buat. kalau kat rumah nak tengok tv je tak siap la kerja sekolah. Ada juga kawan kawan dari sekolah berasrama rasa bebas sangat time ni. takde prep. Ada jugak budak budak sekolah berasrama yang sentiasa konsistent dengan apa yang mereka dah buat di asrama dulu

Kelebihan masuk Matrikulasi

yang paling PENTING la bagi Ainul adalah di Matrikulasi adalah tempat yang beri kita peluang kedua. Apa maksudnya? Katakan SPM kita takde la excellent sangat. Nak ambik medic guna result SPM tak lepas, yes!! korang boleh guna result matrikulasi . Tapi pastikan CGPA 4 la ye. 
Begitu juga ada yang SPM 9A1. tapi di Matrikulasi main main. result tak lepas 3 pointer pun. jangan mimpi la nak apply medic. 
Ini betul betul terjadi tau pada kawan Ainul di Matrikulasi dulu. Ada sorang ni SPM 2A je rasanya. Masa Matrik ni dia pulun giler dan berjaya dapat CGPA 4.00 . Alhamdulillah sekarang dia adalah seorang doctor.
Ainul dulu cita cita nak ambil farmasi. Masuk Matrik dapat  aliran fizikal. diorang tentukan ikut result SPM mana lebih bagus. Fizik lebih baik dari Biologi walaupun tak minat Fizik. huhuhu
Nages nages nak tukar sebab tak minat fizik langsung. Masa orientasi , pengarah cakap yang ambil fizikal ni juga ada peluang ambil medic, farmasi dan lain lain tetapi aliran biologi tak boleh ambil enginnering. Lagi untuk ambil fizikal kan. Tak jadi la tukar
Setahun di Matrikulasi.. Alhamdulillah membuka cahaya baru. Lecturer fizik yang sangat best. terus jatuh cinta pada fizik. skor A tau:)
Bila dah dapat result Matrikulasi, kita kena isi borang UPU untuk isi course apa yang kita nak. Kalau CGPA korang bagus insyaALLAH mana mana Universiti pun boleh masuk. Tips nak dapat U yang korang suka. Masa isi borang UPU itu, paling banyak pilihan di Universiti yang korang suka. InsyaALLAH dapat Universiti tu tapi course apa depends la pada result korang.
Ainul dulu memang target nak masuk engineering di UTM Skudai. Semua pilihan UTM. Alhamdulillah dapat Engineering di UTM dalam course Electrical Engineering ( Telecomunication)
Oh! ya.. masuk U nanti kita akan terus masuk tahun 2 tau. sebab tahun 1 kita dah belajar semuanya di matrikulasi. Jimat Masa kannnnn
kepada yang bercadang nak masuk Matrikulasi tu jangan takut takut. Zaman di matrikulasi sangat BEST. Pastikan jangan hilang focus ye. usaha betul betul insyaALLAH pasti berjaya. Good Luck 🙂

One Reply to “Selepas SPM ke Matrikulasi. Bagus ke Matrikulasi?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge