Sepesen je diaorang ni

Semalam saja saja ler tengok balik gambar anak anak masa kecik. Sekali tengok ehhh sepesen je diaorang ni masa baby
Yang beza mak diaorang je. Makin tua.huhuhuhu .. 3 gambar 7 tahun punya cerita.

Arreessa lahir berat 2.04kg. Kecik je kan. Memang ada problem masa mengandungkan dia.huhuu.. macam macam penyakit la. Air kencing kotor la, hb low giler, blood circulation pada tali pusat tak ok..ishh macam macam la masa tu. Padahal pregnant baru umur 26tahun. Muda lagi la kan.

Maryam lahir berat 2.46kg. Paling berat antara 3 orang ni. Paling best masa pregnant sebab berat naik 5kg je.hihihii.. Takde langsung masalah hb low, tali pusat , air kencing kotor ke. Ada sekali doktor kat private hospital ni cakap air ketuban sikit. errrr pelik jugak sebab tak leaking. nak suruh czer je masa tu. Terus Ainul lari p jumpa pakar kat Hospital Putrajaya. Alhamdulillah normal je. Saje je nak suruh czer. Alhamdulillah berjaya bersalin normal buat pertama kali

Dahlia lahir berat 2.35kg . pregnantkan dia berat naik sampai 17kg tau.huhuhu. Berpeluh peluh mama keje kuat nak turunkan berat balik. huhuhu
Apapun masa pregnantkan Dahlia tekanan darah ok, takde kencing manis, hb ok walaupun dah berusia kan. Bila mengandung umur makin bertambah maka macam macam penyakit la datang.

Anak anak semua lahir kecik kecik. Membesar kat luar . Janji sihat kan. Semua lahir Alhamdulillah sihat, cergas, aktif.

6 Replies to “Sepesen je diaorang ni”

  1. Umur je yg meningkat Ainul…orangnya makin slim dan cantik gitu. Bila mengandung dan bermasalah rasa mcm nak menangis je kan…

    Saya masalah darah tinggi. Anak anak pun kecik. Paling besar 2.5 yg bongsu. Yg kedua pun ada masalah air ketuban kurang…mcm mcm sungguh

    1. dugaan masa mengandung ni macam macam kan. setiap org ujian lain lain. takpa janji kita & baby sihat. nak hadap kena injek , test itu ini yg malas tu.huhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge