Shooping di Hari Pertama GST .. Hasilnya sungguh mengejutkan !!!

Shooping di Hari Pertama GST .. Hasilnya sungguh mengejutkan !!!

1 April 2015 dalam sejarah apabila GST atau Goods & Service Tax dilancarkan. Kecoh la 1 Malaya. Suka tak atau tidak kita kena la jugak hadapi nya kan. Jadi kita sebagai pengguna kena la ambil tahu bagaimana GST ini dikira. Jangan pakai bayar je. Kalau banyak duit tak berkira tu lain la ye

Pagi pagi lagi saya dan husband pergi ke Tesco Shah Alam. Semangat nak tengok perubahan harga bila GST dilancarkan ni. Ini yang best bekerja di rumah. Orang sibuk ke pejabat kami sibuk nak ke Tesco bawa Maryam

Gigih mama dan Maryam buat semakan harga..
Kami tak beli perfume ni tapi beli barang barang basah untuk masak tengah hari je, 
Yang bertanda Z adalah yang tidak dikenakan GST
Yang bertanda S dikenakan GST
Jadi 6% hanya dikira untuk yang bertanda S sahaja..
Pengiraan ada di sebelah bawah tu.
So total barang di bayar adalah = total Z + ( total S+ 6%)
Apa yang saya nampak barang import PASTI kena GST. Jadi elakkan la beli barang import. Tu saje je beli nak try test ..hihiih
Hasil tinjauan saya, husabnd dan maryam dapati harga pampers naik mendadak. Yang ada anak ramai tu memang akan terasa la kenaiikannya. Susu tepung saya tak check sebab anak anak saya minum susu bebas GST

Harga Pampers Drypers terkini . Harap dapat membantu ibu bapa plan kewangan masing masing. Ada anak kecil ni kena pampers banyak. Maybe anak yang 2 tahun ke atas dah boleh ajar ke toilet sendiri
Restoran makan pun charge GST tau. Hari ini abang ipar makan nasi lemak di Shah Alam pun kena charge 6%
Rasanya makanan minuman memang akan naik. Sebab sumber asas untuk membuat makanan naik. Jadi lepas ni kita kena la rajin memasak di rumah ye
Semoga perkongsian ini dapat membantu semua merancang perbelanjaan. Utamakan mana yang penting. Keperluan bukan kehendak.
Selamat bershopping 🙂

9 thoughts on “Shooping di Hari Pertama GST .. Hasilnya sungguh mengejutkan !!!

  1. huhu.. takutnyaa saya nak berbelanja ni.. mujur laa dah beli brg sikit2.. pencuci pinggan mangkuk pon sy beli kat kedai 2 ringgit masa balik segamat haritu.. borong laa 5-6 mangkuk.. hahaha.. sebab kedai 2 ringgit pon ada yg kenakan gst.. kt kl mana nak cari..harap DIY je laa.. mohon share kat fb ye kak..comel pakai mei tai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge