Shopping Raya di InstaBaby Feast

Shopping Raya di InstaBaby Feast
Korang dh shopping raya ke belum? Ainul baru beli baju raya anak anak ahad lepas. weekend hari tu penuh dengan sales. Mood republik, Karnival Mega Raya la dan InstaBaby feast. Dalam banyak banayk tu hari teringin nak ke instababtfeast je. sebab dekat Shah Alam. dokat bebeor dengan rumah den. Mood Republik tak mampu la nak pergi. dengar cerita 72jam non stop. PWTC sesak. oh! tak sanggup. kang nanti penat pegi, penuh dengan lautan manusia. macammana nak memilih. huhu. malas dah sekarang nak bersesak dengan orang. biar la mahal sikit tapi puas hati dapat membelek baju.
Ok..nak cite pasal instababy feast hari tu.  buat dekat dewan Melur Seksyen 7 Shah Alam. Dewan ni betul betul dalam kawasan perumahan. bagi Ainul parking agak susah. kawasan perumahan kan. Kami parking seberang padang. lapang sikit. kena rentas padang la sikit dan masuk ikut pintu belakang.
Dewan tu agak kecil tapi nod bad la. mungkin masa Ainul pergi tak ramai orang lagikan. banyak booth yang menarik. baju anak anak banyak. comel comel pulak tu. adoii rambang mata mak
Bila ada anak yang cerewet ni kena ikut selera dia je. takde makna la nak ikut taste mak. huhu. 2 kali tawaf semua booth baru dia decide nak yang mana. Mama berkenan yang lain. dia nak jugak yang ituuuu.. redha je la nak oii. mak folo je. janji korang hepi. Raya ni untuk diaorg je. zaman mak dah berlalu.
Baju apa yang Arreessa beria beria nak sangat tu? kita rahsia kan dulu la ye. tunggu raya.hihi
yang best kat instababy feast ni, ada juga jual dress budak budak. yang paling best ada sales 1 dress RM5. mahu mak tak gilerr.. rasa nak kaut semua tapi bila tengok jelingan husband huhuh.. tak jadi nak kaut semua.hihi
hasil kautan dress untuk anak anak. ok la buat basahan dekat rumah ni. budak budak ni cepat besar. kejap aje dah pendek. Dress ni banyak untuk saiz maryam. saiz Arreessa ada tapi tak banyak
Ok tu je nak cite al kisah shopping raya. belum habis shopping lagi ni. maknya bapaknya belum beli baju raya lagi.. kita tunggu sales malam raya.hihi
korang dh shopping raya? kat mana tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge