Spring Garden Putrajaya Ramadan Buffet

Spring Garden Putrajaya Ramadan Buffet
Ramadan akan tiba beberapa minggu sahaja lagi. Bila tiba bulan Ramadan buffet Ramadan antara tempat pilihan ramai untuk berbuka puasa.  Sabtu lepas, Ainul berpeluang ke review Ramadan Buffet Spring garden di Taman Botani, Putrajaya.
Lokasi Restorant ini berdekatan dengan Astaka Morocco dan jika anda menggunakan google maps boleh gunakan carian Taman Botani Putrajaya juga pasti akan sampai ke sini
Menarik tempat ini sebab Restoran nya terletak di atas air. Restoran terapung dan di kelilingi oleh tasik Putrajaya yang sangat cantik. Sesuai sangat jika anda mencari tempat yang cantik, tenang untuk berbuka puasa
kita boleh pilih untuk duduk di dalam atau di luar. di luar suasana yang menarik melihat keindahan tasik Putrajaya
Pelbagai hidangan makanan yang disediakan di buffet Ramadan Spring Garden Putrajaya. Paling istimewa adalah ketam, ikan bakar. 
Makanan buffet yang lain turut ada nasi beriyani dan aneka pilihan lauk yang sedap
kari kepala ikan
telur masak lemak
Ayam madu mamak
Rendang Daging
Nasi Beryani
Aneka kuih muih tradisional yang sedap

Menu lain yang menarik di sini adalah sepert satay, sup tulang, aneka kerabu dan pencuci mulut seperti ABC, rojak buah
Buffet ramadan di sini turut dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional 
Jika anda datang di hujung minggu, buffet durian akan disediakan. Buat peminat durian, boleh nikmati durian sepuasnya di sini.


Harga Buffet Ramadan Spring Garden Putrajaya

weekend Special 
RM88 nett per pax – Adult
RM58 nett per pax – kids ( height 90-120cm)
Early Bird Special : 
May: Buy 10 Free 2
June : Buy 10 Free 2
Address: Taman Botani Putrajaya, Presintt 1, 62000 Putrajaya, Selangor, Malaysia.
Contact: 03-8889-1188
Halal Status: Halal

2 thoughts on “Spring Garden Putrajaya Ramadan Buffet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge