Stress Dalam Pantang tu Biasa

Dalam tempuh berpantang sebenarnya masa untuk kita berehat. Sudah la 9 bulan pregnant, masa pregnant macam macam masalah, penat, nak tidur pun susah . Dalam pantang ingat dapat la tidur lena tapi semuanya mimpi je la. Lagi lagi kalau baby jenis kuat menangis, meragam waktu malam. Stress jangan cakap la.
Isu terbaru pasal ibu berpantang bunuh diri tu sangat la mengejutkan. Katanya stress sebab susu takde. Itu pun salah satu sebab stress jugak. Anak dah meraung sakan. susu takde. huwaaaa!!!
Dalam pantang suami wajib ambil peranan paling penting. Emosi isteri sangat la tak stabil masa tu. lagi lagi anak pertama. Tiada pengalaman. 
Ainul dulu pun stress juga time pantangkan Arreessa. Nak menyusukan dia tak reti, baby hisap tak betul, kembung perut. ishh macam macam la. Pernah tidur sampai berdiri sebab itu je kaedah yang boleh buat Arreessa tidur.Letak je bangun. Kami bergilir gilir tidur. huhuhuu
Stress ketika dalam pantang tu biasa cuma kalau sampai tahap depress, meroyan itu BAHAYA. Kita yang kena kawal diri kita. Begitu juga dengan peranan suami dalam membantu. Suami, keluarga boleh bantu , bagi sokongan . Diri kita sendiri yang paling penting untuk bantu diri sendiri. Kalau kita asyik melayan stress maka stress akan makin menjadi jadi. Syaitan akan makin menghasut. Akibatnya kita mnelakukan sesuatu di luar jangkaan.
Bagaimana nak kawal diri?

1. Cukup rehat. 

Dalam pantang memang susah nak berehat betul betul.  Tidur masa baby tidur dan ambil masa ketika mengurut tu untuk relax, tenangkan diri

2. Zikir

Walaupun kita dalam keadaan nifas. Tak boleh solat tetapi kita masih boleh berzikirkan. istighfar selalu. pasang zikir, ayat ayat alquran selalu dan dengar

3. Group support

Katakan husband tak berapa support,cari group atau kawan kawan yang support. Jangan la post di facebook sebab dalam friendlist korang bukan semua akan beri kata kata positif. Bila ada yang kondem kita down, bertambah stress. Cari group breastfeeding, kawan kawan yang ada pengalaman dalam breastfeeding, berpantang.

4. Pemakanan

Makan makanan berkhasiat. Tak payah nak diet sangat masa berpantang. Kita perlu cukup nutrisi untuk recover balik dari mengandung, proses melahirkan anak. Bila cukup nutrisi, insyaALLAH peredaran darah pun baik. Darah kotor pun senang keluar. Ingat akak mengurut saya cakap, dalam pantang darah kotor perlu keluar habis. Darah kotor yang utama bentuk macam tauhu , warna merah hitam. Akak tu cakap bila tak keluar darah tu la sebabkan meroyan.
Tempoh berpantang adalah tempoh yang Best tau. Dapat manja manja dengan mak. Mak jaga kan. Masa berpantang la dapat borak lama dengan mak, tengok sinetron dengan mak. Kalau tak kena tunggu balik kampung je. Ni 44hari 24jam dengan mak je. 
Stress itu biasa. Yang penting cara kita handle stress tu. Selalu luahkan perasaan kepada suami , ibu bapa. Minta sokongan. Kalau perlu minta husband jagakan baby sekejap. Bagi kita rehat secukupnya.

2 Replies to “Stress Dalam Pantang tu Biasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge