Tips Fesyen Pemilihan warna pakaian yang sesuai untuk mereka yang berkulit gelap

Tips Fesyen Pemilihan warna pakaian yang sesuai untuk mereka yang berkulit gelap
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pemilihan warna pakaian mengikut warna kulit kita sangat la penting. Kalau yang berkulit putih rasanya tiada masalah untuk memilih warna apa sahaja. Untuk yang memiliki warna kulit gelap, sawo matang warna yang sesuai yang la penting. Ini bukan bermakna orang kulit gelap tidak boleh bergaya. Ainul suka tengok Nurul Depp, Ning Baizura, Naomi Campbella, Tyra Banks, Kim . Malah makin cantik bila berfesyen
Terdapat beberapa tips fesyen yang
boleh membantu anda yang memiliki warna kulit gelap untuk kelihatan menawan seperti berikut;

1. Warna pastel atau earth colour

Pilih pakaian yang berona pastel atau
earth colour seperti contoh di atas. Warna-warna pastel pilihan adalah seperti
dusty pink, beige, lavender, mint dan lain-lain
amatlah sesuai untuk dipakai oleh wanita yang berkulit gelap.Ia menimbulkan rasa
lembut dan menjadikan penampilan si pemakai tampak ‘mild’.

2. warna Terang

Peringatan penting untuk wanita berkulit gelap untuk tidak memakai pakaian
yang berona terang seperti merah, kuning dan
lain-lain.Ia menyebabkan kulit wanita tersebut kelihatan terlalu kontra. 

3. Tidak melebihi 2 tona warna

Bagi rekaan pakaian pula,
pilih jenis pakaian yang direka dengan rekaan yang ringkas dan tampak elegan.Seharusnya,
pilih pakaian yang mengandungi tidak lebih daripada 2
tona warna dan seelok-eloknya hanya 1 warna.

4. Melebihi 3 warna

Dan jangan pakai pakaian yang
direka dengan rekaan yang ‘heavy’ dan mengandungi 3
warna atau lebih.Ia akan menyebabkan anda kelihatan ‘messy’ dan ‘heavy’. Penampilan
yang sebegini amatlah tidak sesuai untuk digayakan oleh wanita yang berkulit gelap.
Apa jua warna kulit kita, pemilihan warna, corak yang sesuai akan menaikkan lagi aura kita. Jangan takut untuk berfesyen dan berani untuk mencuba warna yang baru. Warna yang betul akan lebih membuatkan kita lebih yakin pada diri sendiri. Wanita sememangnya dilahirkan cantik dan peliharalah ia 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge