Tips membeli rumah-part 1

Alhamdulillah dalam usia 25tahun ainul mampu memiliki rumah sendiri.memang terpaksa la bergolak gadai untuk bayar lawyer, deposit umah.dah la tahun tu duit dah abis buat kawen.tapi nak jugak punyai rumah sendiri , gadai la apa yang patut.bukan gadai body ye..hehehehhe

Entry ni , ainul nak share tips-tips dalam pembelian rumah.ainul takde la pandai sangat tapi ada la sedikit pengalaman dalam proses pembelian rumah untuk dikongsi bersama..

memang diakui harga rumah semakin meningkat tahun demi tahun. Bukan naik sikit pulak tu.Kalau dipikir memang tak masuk akal harga rumah.Tapi kena ingat kenapa harga rumah makin mahal??? terutama di kawasan Klang Valley?? Why????
sebabnya
1. selangor, KL merupakan tempat kepadatan penduduk yg plg tinggi.That’s mean ramai org datang sini untuk mencari rezeki.
2. Tanah di kawasan ini makin terhad dek sebabkan pembangunan lain juga perkembang pesat.
3jadi apabila tanah makin terhad tetapi permintaan yang tinggi, harga akan melambung-lambung tinggi giler…

lebih kurang la teori nya macam tu.

Tips membeli rumah

1. Location: pastikan kawasan yang betul.taknak la nanti bila dh dpt rumah, rumah dekat dgn kilang, loji pembuangan najis la..Kawasan juga memainkan peranan penting.ada kawasan prime area & bkn prime area. Apa itu prime area? Prime area adalah kawasan yang menjadi tumpuan ramai.Macam shah alam tapi section tertentu sahaja.., bangsar, Damansara..

2. Facilities : pastikan juga rumah dekat dengan kedai, balik bolis, klinik.kang nak murah punya pasal tetapi jauh dengan kemudahan asas susah jugakkan.tetiba malam2 anak demam ke dah nak ke klinik berjam-jam.

3.keselamatan: nk ke beli umah yang dekat dgn gunug berapi ke, pencawang elektrik ke?? keselamatan la plg penting.tak pun area yang selalu kena banjir, tanah runtuh..

4. developer : setengah org pentingkan developer ..sebab banyak kes rumah terbengkalai sebab developer lari. tak cukup budget. monthly kena byr dgn bank tp rumah takde.haru biru jadinya..

cara nak beli rumah…mcmmana nak bayar lawyer, deposit yang perlu ada …to be continue part 2

3 Replies to “Tips membeli rumah-part 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge