Tips Memujuk Anak Suka Minum Susu

Arreessa memang tak suka minum susu. Risau sangat takut zat, nutrien yang sepatutnya tak cukup untuk dia membesar dengan sihat. Makanan yang berkhasiat sememangnya patut kita berikan tetapi ianya belum tentu cukup untuk anak kita. 
Ada anak yang susah nak minum susu memang mencabar. Bila sudah besar lagi mencabar nak suruh dia minum susu. Macam macam alasan la. Paling geram bila dia dah pandai buang susu tu. Sabar je la
Tips Memujuk yang Ainul dah buat dan ianya berjaya adalah

1. Sediakan susu bersama buah buahan

Ainul sediakan susu carrot untuk Arreessa. Dimana Ainul blend susu dugro dengan carrot
inilah hasil susu yang diblend dengan carrot. 

Muka tak rela nak minum susu pada awalnya. Rupanya Ainul salah cawan. Tips lain adalah pastikan cawan kegemaran anak anak ye. Baru menarik perhatian dia
Bila dah minum baru tahu sedap. Serius sangat sedap sebab Ainul pun rasa. Sedap sangat sampai Mama Arreessa tumpang minum sekali
  

 Betul ke dia suka. Tengok la video ni

2. Buat ice cream

Antara kegemaran Arreessa adalah ice cream. Jadi Ainul jadikan susu Dugro sebagai ice cream. 
Caranya mudah sahaja. Ainul blend susu dugro dengan air sejuk. Blend lagi sedap tau.
Masukkan buah buahan kegemaran anak anak seperti Strawberry, Tembikai, kiwi ke ke dalam bekas Popsicle
Kemudian masukkan susu dugro ke dalam popsicle
Masukkan ke dalam peti sejuk. dah keras boleh makan.. yummyyyy
1 Popsicle sudah hilang…. 
Arreessa sangat sangat suka sampai habis 2 Popsicle dia habiskan. Kalau 2 popsicle bersamaan 1 gelas susu kalau 4 popsicle sudah 2 gelas susu sehari dia minum
Siap request mama buat lagi. 
Jika anda mahu dapatkan Susu Dugro ini boleh dapatkan di pasarraya berdekatan anda
untuk maklumat anda boleh ke http://www.dumex.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge