4 Tips menaikkan kembali air ketuban dalam masa 1 minggu

Alhamdulillah nak share pengalaman sendiri. Pengalaman menaikkan air ketuban dalam masa seminggu. Bacaan sebelum 6.5 je. Dah tahap kritikal.patut dah kena warded tapi pegi private doctor bagi masa 1 minggu lagi. Selepas seminggu Alhamdulillah bacaan naik ke paras normal iaitu 12.
Tips yang saya amalkan dalam masa 1 minggu adalah:-

1. Bedrest

Bukan dihospital tapi dirumah. Baring je kalau tiada kerja penting nak buat.berbaring pun boleh buat blog tau. Selain tu saya elak buat kerja kerja rumah.semua husband buatkan.terima kasih sayang.uruskan anak pun husband buatkan. Sentiasa check sama ada ada leaking atau tidak. So far tiada. Kalau ada cepat cepat ke hospital ye

2. Air kelapa

baca di blog sana sini ada yang cadangkan minum air kelapa. Terus ajak husband ke pasar beli kelapa muda. Biar yang fresh dari buah. Bukan yang jual tepi jalan sebab ada air gula. Sebiji air kelapa ainul minum.lagipun memang bagus kan minum air kelapa masa pregnant.baby bersih katanya.

3. Air tembikai

 

Baca , google jumpa 1 petua pasal minum air tembikai.terus jugak minta husband belikan buah tembikai. Nak buat jus sendiri baru la fresh. Blend tembikai, air sikit & ice je. Blend semua dan minum.nikmatnya..panas panas memang best minum air tembikai

4. Doa

Power of doa.. Allah Maha Berkuasa.minta betul betul.bersungguh sungguh. Solat hajat, solat fardu di awal waktu. Zikir, selawat dan juga baca Al-Quran. Kita berusaha, Allah yang Maha Penentu segalanya.
4 tips mudah yang saya amalkan dalam masa 1 minggu. Tips no 4 tu sepanjang masa la ye kena buat.jangan tunggu ada masalah, sakit je
.
Semoga tips ni dapat membantu kawan kawan yang sedang hamil dan mengalami masalah seperti saya.

3 Replies to “4 Tips menaikkan kembali air ketuban dalam masa 1 minggu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge