Tips mencari Nursery/Taska

Panduan # 1 – Mesti berdaftar

Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran.

Amat mendukacitakan apabila diketahui sehingga kini 80% taska masih beroperasi secara haram dan gagal mendaftarkan operasi mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malahan ada pemilik taska yang mengemukakan lesen palsu demi mengaut keuntungan.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain itu, akta ini juga mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi, iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan.

Panduan # 2 – Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia

Hasil daripada perbincangan itu, anda akan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa pengusaha/penyelia taska/tabika itu mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.

Pastikan pengusaha/penyelia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga anda boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas. Jika dia suka kerja itu, maka anak-anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.

Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Ini amatlah penting!INGAT! Selain ibu bapa menjadi pendidik utama, pengasuh juga merupakan tangan pertama yang akan menentukan masa depan kanak-kanak. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh anak anda. Jangan lupa ambil nombor telefon dan sekali-sekala anda boleh bertanya tentang anak anda dan perkembangannya.

Anda boleh rujuk entry Tips memilih pengasuh.

Panduan # 3 – Keselamatan

Perhatikan tahap keselamatan di tempat jagaan tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tabika. Intermediate house adalah dilarang.

Panduan # 4 – Kebersihan dan Penyediaan Makanan

Anda boleh bertanya tentang makanan yang disediakan oleh taska/tabika. Makanan yang disediakan mestilah yang berkhasiat. Anda boleh minta izin melihat keadaan kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan bersih dan memuaskan.

Panduan # 5 – Bayaran Yuran

Anda perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar-menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika anda terlambat mengambil anak.

Panduan # 6 – Program

Pastikan pusat jagaan mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya. Anda yang membayar pusat jagaan, anda mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diajarkan kepada anak anda.

Tahukah anda, sebenarnya, setiap anak tidak kira usia ada program pengisian walaupun ia cuma seorang bayi. Setiap individu yang memilih kerjaya sebagai pengasuh taska/tabika harus mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Mereka perlu membuat Lesson Plan/Rancangan Mengajar. Ini adalah guideline dan peraturan JKM yang telah ditetapkan untuk setiap pengusaha Taska/Tabika.

Panduan # 7 – Fardu ain

Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu ain. Bagaimanapun, anda perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.

Panduan # 8 – Takaful

Pastikan pusat jagaan mempunyai insurans takaful.

Panduan # 9 – Kegiatan membabitkan ibu bapa

Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama ini?

Panduan # 10 – Peraturan taska/tadika/pusat jagaan

Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.

Panduan # 11 – Keceriaan

Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.

Bagi anak yang berumur empat tahun ke atas, menghantar anak ke taska boleh menggalakkan perkembangan minda anak-anak di tahap ini kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.

Panduan # 11 – Bayaran balik

Anda perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah anda dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.

Panduan # 12 – Tawakal

Senyum selalu, banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.

Semoga anda mendapat walau sedikit manfaat daripada artikel ini. 

Source from THIS 

One Reply to “Tips mencari Nursery/Taska”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge