Tips mudah hamil


Alhamdulillah sudah masuk 25 minggu kehamilan ke dua ni.syukur alahan pun kejap je kali ni.3bulan dah stop alahan.badan pun segar.selera makan pun ok.bukan ok terlebih ok.hihi
Antara tips mudah hamil yang mungkin dapat membantu kawan-kawan di luar sana


Emosi


Jangan STRESS!!! Ni berlaku pada saya.stress kunci utama pada semua penyakit termasuk susah hamil.dulu stress dengan kerja, bos .projek bertimbun.politik di pejabat.ishh macam-macam la. Sebab itu jugak la beza arreessa dgn adik hampir 4tahun.
Bila hantar je surat resign…fuhhhh terus ada rezeki. Tapi bukan la saya suruh korang resign pulak ye. Saya nak tekan kat sini jgn terlalu stress


Waktu subur

Ini perkara biasa bagi setiap wanita normal. Selepas datang haid akan ada tempoh subur.selalu bila berlaku bersetubuhan InsyaAllah kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi.
Tapi macammana dengan mereka yang ada masalah nak tahu waktu subur? Terutama mereka yang period tak tetap. Kitaran haid tak sama setiap bulan.

Cecair jernih

Rasanya ramai yang dah tahu. Antara cara mudah nak tahu waktu subur kita adalah bila ada cecair putih keluar. Bukan keputihan ye.kekadang macam berketul sedikit.ini berdasarkan pengalaman la ye.kalau ada itu maknanya tengah subur la tu

Doa

Setiap kali solat jangan lupa doa doa doa..Allah Maha Pemberi. DIA akan memberi bila tiba masa yang sesuai dengan kita. Kita pula jangan lupa usaha usaha usaha dan doa. Doa pun biarkan spesifik.

Pemakanan

Jauhi la makanan segera dan tidak berkhasiat.laburkan la sedikit wang untuk beli sayuran segar, buah-buahan segar. Makanan memainkan peranan penting dalam menghasilkan sperma , ovum yang sihat.
Sedikit tips dari saya. Ada lagi tips yang lebih bagus untuk diamalkan..
Selamat berjaya ♡♡♡

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge