Tips susunatur dapur

Tips susunatur dapur

Pengaruh group kami suka susunatur di facebook sangat mempengaruhi saya.sangat jeles tengok rumah orang tersusun rapi terutama bahagian dapur.kemas sangat dapur dioarg. Dapur ainul? Pengsan kalau tengok tau. Huhu..
Disebabkan pengaruh rakan sebaya yang sungguh kuat..semangat terus nak mengemas dapur. Buka je kabinet serius stress. Pinggan mangkuk segala periuk belanga tunggang langgang. Sapa pernah mai dapur cheq memang tau la. Tak caya cer tanya supermom’s sisters.
Sabtu lepas lepas je sarapan balik rumah punggah segala barang barang dalam kabinet dapur. Banyak rupanya benda asing dalam kabinet ni.huhu
Selama 2jam kemas…habis menitis peluh jantan i.. maka ini la hasil nya
Mana yang sebelum? Tak payah la tengok .kang tak selera uolsss..hehee

Dapur buruk saya. Simple je.kabinet dapur pun owner dulu punya. Bila la nak buat KC baru.insyaAllah dalam perancangan..sabaq naaaaaa
Sudu garpu, senduk … dulu pakai sumbat je semua. Terabur habis.kali ni tersusun la sikit walaupun tak kemas mana.
Cawan, mangkuk kecik. Tips masukkan cawan dalam bekas pink tu sangat membantu jimatkan space
Pinggan mangkuk yang selalu guna. Ainul letak dalam laci.sonang nak ambil.
Kabinet bawah ainul letak pinggan mangkuk yang jarang guna. Water pitcher shaklee tu selalu guna.letak situ sebab nak kena ganti filter baru.lepas ni upkan semula ke atas.
Kabinet lain ainul letak oven ( jarang sangat guna) , bekas simpan beras. Penapis tu macam tak sesuai je letak kat situ kan..takpa akan dikemas kini 
Dan ini susun atur peti sejuk saya. Kosong je sebab selalu beli barang untuk masak setiap hari.suri rumah sepenuh masa la katakan.hobi p pasar setiap hari. 
Ini la dapur kecil saya. Susun atur pun biasa biasa sahaja. Masih amatur dalam susunatur ni. Harap pakar pakar dapat komen dan memberi idea…

3 thoughts on “Tips susunatur dapur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge