Tips tidurkan anak

Rentetan kepada entry lalu Pola tidur anak . Semakin besar anak semakin mencabar untuk tidurkan mereka kan. Biasa la seronok bermain.Lupa nak tidur.

Sedikit pengalaman dalam hal ini. Macam cerita lalu , Arreessa susah nak tidur. Kalau tidur pukul 9malam tapi nanti pukul 2-3 pagi bangun sampai la siang. erhhh jenuh la mama babah dia. Sampai pernah berjaga sampai siang. Mama babah dia tak tidur semalam. Kawan–kawan opis sampai tegur ” Kenapa muka ko macam zombi je ainul ” Hahaha

Alhamdulillah sedikit perubahan dibuat.Alhamdulillah nampak hasilnya.

Apa yang kami buat? Lepas je balik kerja tutup handphone, laptop, TV. main je dengan dia. lepas tu ajak dia masuk bilik.Mula-mula memang la susah.jenuh mencari alasan dan cara untuk bawa dia masuk bilik.Alasan husband ‘ main khemah-khemah ‘ .. ambil selimut buat khemah. Kemain suka dia. YES dah jumpa cara.

Masuk bilik tutup lampu. tarik selimut dan bercerita ‘ bed time story ” .. Selalu cerita pasal nabi-nabi, si kancil dan sekarang dia request nak cerita ADAM&HAWA.. hehehee panjang tu 80 episod πŸ™‚

Jangan lupa juga petang tu, berikan anak anda makan kenyang-kenyang.main sampai penat. Mandikan dia. baru dia selesa. tapi jangan makan & mandi lambat sangat tau πŸ™‚

Sedikit tips dari mama Arreessa πŸ™‚

harap dapat membantu sedikit sebanyak …

Baca buku dulu sebelum tidur ..

2 Replies to “Tips tidurkan anak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge