Tips-tips untuk alahan mengandung.

                                this from mr google 🙂
– makan benda ringan seperti roti…mudah hadam dan kenyang… sentiasa ada kt dlm laci opis

-kalau rasa lapar makan lagi.Jangan sampai lapar balik..sebab asid akan menyebabkan kita muntah.Kalau perut kita kosong kita akan muntah cecair kuning yang pekat dan pahit.Tu mungkin akibat tindakbalas asid dalam perut.(jangan panik)..erhhhh. tak suke muntah.uwekkk

-Cari minuman yang sesuai untuk kita minum selalu.Cth: ribena,sunkist,goodday orange
Ada orang yang tak boleh minum lansung minuman yang selalu diminum.Macam aku yang tak teransang langsung dengan teh tarik,milo,teh’o.Masa tu kita akan dapati semuanya menjijikkan…sume blh minum

– makan yogurt untuk tindakbalas perut yang baik.kalau tak suka yogurt senang je..bekukan yogurt tu dan makan.Dia akan rasa macam sorbet ice-cream…blm cuba lg stat peknen ni

– kalau give-up dengan ubat tahan muntah tak payah makan...tak penah ambik

– kadang-kadang lepas kita makan something perut kita akan rasa tak sedap dan kita rasa macam makanan tu stuck in the middle.Kita rasa mual nak muntah..seolah-olah makanan tu tak turun ke perut untuk dihadam.Sapu minyak dan berehat.Kalau muntah pun bagus kita akan rasa sangat lega.

– Jangan takut dengan muntah walaupun memang memenatkan asyik muntah je.Tapi kadang-kadang lepas muntah kita lega ya amat.Perut pun selesa.

– Jangan makan asam,mangga muda kalau perut betul-betul kosong.Angin akan tendang balik makanan tu keluar.Alas perut dulu dengan makanan seperti roti…sedapnyer mangga muda.nyum nyum

– Makan spirulina.ni tips yang paling efektif lah.Selain sifatnya yang alkali dan boleh neutralizekan asid perut..anak anda pun dapat khasiatnya. 2 in 1.

– Dan…hero of the day ialah….‘Minyak Cap Kapak’.Sentiasa lumur ke perut..hidung dan kepala kalau rasa tak selesa.Cuba berehat dan tidur…ini harus ada

– Elakkan makanan berkuah,bersup sebab akan rasa mual dan bila muntah kita akan rasa trauma.huhu. Cth: tomyam,sup ekor,maggi kari.. sup blh masuk, kari @ gulai cannot la..

– Jangan makan jeruk.very asidic. terlalu tajam untuk first 3 months…penah pau org opis skt.hihiihi

– Jangan minum air tebu dan air kelapa. (first 3 months)… baru je minum ms p psr malam.huhuhuu

– Jangan minum air gas..kalau mengidam buang gas dulu dan minum buat rasa jek bukan sampai kenyang.  … kdg2 terminum skt sbb teringin sgt 🙂

TQ source from this 🙂

2 Replies to “Tips-tips untuk alahan mengandung.”

  1. hai baha..thanks for drop ur comment here.Alhamdulillah dh masuk 5 bln, i feel better.selera pun dh bertambah.hope both of us enjoy this wonderful experience 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge