Visceral Fat Kembali Normal

Visceral Fat Kembali Normal

Visceral Fat Kembali Normal ? Korang tahu tak pasal visceral fat?  Ramai jugak yang tak tahu. Pada yang tahu tu tahniah la. Apa visceral fat tu?

KENAPA VISCERAL FAT BAHAYA?

Lemak dalam tubuh ada 2 (dua) jenis. Lemak subcutaneous, iaitu lapisan lemak di bawah kulit & juga lemak visceral, juga disebut lemak intra abdomen, yang tertimbun di bawah otot dan mengelilingi organ vital, termasuk di dalam perut buncit Anda. Lemak ini akan dimetabolisme di hati yang kemudian akan diubah menjadi kolesterol darah, sehingga sangat berbahaya bagi kesihatan anda. Ianya membaluti hati, jantung, usus, ginjal, hempedu dan lain-lain vital organ yg menjadi punca pada masalah jantung, diabetes, stroke, darah tinggi dan lain-lain.

Disebabkan pengambilan pelbagai jenis makanan dengan jumlah kalori yang tinggi, semesti nya terdapat terutamanya lemak tepu (saturated fat) dan karbohidrat tinggi GI (glycemic index) seperti gula, secara berlebihan.

Sumber tenaga seperti ini yang tidak diperlukan oleh badan (apabila jumlah kalori yang diambil melebihi daripada jumlah yang diperlukan) akan ditukar kepada lemak badan.Sampai pada satu tahap, apabila “storage body fat” telah berkumpul, ini akan mendatangkan kesan sampingan lain, terutamanya yang melibatkan kategori “visceral body fat“.

Sebagai contoh, “visceral body fat” yang mengelilingi jantung akan membuatkan jantung individu tersebut sukar untuk mengepam darah dengan baik, sekaligus menyebabkan apa yang kita kenali sebagai penyakit lemah jantung.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa mereka dengan lemak visceral lebih berisiko terhadap penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi. Seorang perokok dan peminum telah terbukti mempunyai lebih lemak intra-abdominal, atau lemak visceral, dari orang yang aktif yang tidak merokok dan bukan peminum minuman keras. Stres juga boleh menjadi faktor dalam simpanan lemak visceral pada tubuh.

Jadi, bahasa yang senang faham visceral fat ni adalah LEMAK PADA ORGAN badan kita. Macam dalam gambar tu, bayangkan jantung kita penuh dengan lemak. lemak yang bahaya tau.

Yang MENAKUTkan visceral fat ni adalah, orang kurus yang kita nampak macam underweight pun boleh tinggi visceral fat nya. Kalau kita overweight lagi la kan..

Beberapa tahun lepas Ainul pernah buat check up dengan Nutritionist Shaklee. Masa health check tu nutritionist guna karada untuk check semuanya. Karada ni macam penimbang tapi lagi canggih la. Body age kita pun dia tau okey.. kadang kadang umur baru 25 tahun, body age dah 50 tahun. apa maksudnya? organ dalam kita sudah tua.. huhuhu

Masa tu, dapat bacaan visceral fat Ainul SANGAT TINGGI. Terkejutzzz giler kot. memang tak dinafikan Ainul suka makan benda goreng, tinggi gula, kolesterol. Nutritionist terangkan kalau still tinggi risiko muda muda dapat serangan jantung. ketaq kaki uolss dengar..

Masa tu Ainul belum 30 tahun pun lagi. ishhh tak boleh jadi kena buat sesuatu la kan.

minyak ikan untuk kurus

Nutritionist Shaklee cadang ambil OMEGA GUARD

Omega Guard ni fish oil yang berkualiti tinggi. kaya dengan DHA, EPA. Untuk menurunkan visceral fat ni bukan ambil masa yang kejap tau. Lagi lagi kalau kurang bersenam  dan tak jaga makan sangat macam Ainul ni. bertahun jugak tau. Apapun puas hati bila buat check up sabtu lepas. visceral fat NORMAL !!!!!

walaupun dihujung bacaan normal , dah sangat puas hati. Sebab dulu kategori VERY HIGH tau. huhhuu. InsyaALLAH lebih bersemangat untuk turunkan kadar bacaan viseral fat. Apa yang Ainul ambil adalah OMEGA GUARD . hanya brand Shaklee yang terbukti berkesan dan berkualiti.Kalau kawan kawan ada masalah yang sama, kolesterol tinggi wajib la amalkan omega guard ni. lagi cepat proses insyaALLAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *