7 Tips Berjimat Untuk Balik Kampung Beraya

7 Tips Berjimat Untuk Balik Kampung Beraya

Beberapa hari lagi Syawal bakal menjelma. Saya yakin mesti ramai sudah plan nak balik beraya di kampung kan. Dengan keadaan yang serba mencabar sekarang, balik kampung beraya tetap wajib buat. Syawal adalah hari kemenangan kita sebulan berpuasa. Masa untuk berkumpul berjumpa sanak saudara. Masa raya ni la semua sedara mara balik kampung berjumpa kan. Masa lain pun boleh balik kampung tetapi ianya tak sama macam balik kampung time raya

Apa kita nak buat bila tol, minyak makin naik? Beberapa tips yang ingin saya kongsi bersama. Beberapa hari ni sempat lagi kita kumpul duit balik kampung

1. Baju Raya

Kalau tahun sebelum ini baju raya 4-5 pasang, tahun ini kita cut cost dengan 1 baju raya cukup la. Baju yang sedia ada pun boleh pakai. Kita match dengan tudung lain. Gayakan dengan fesyen tudung, aksesori insyaALLAH pasti akan tampil berbeza dan bergaya di pagi raya.

Begitu juga jika sebelum ini kita beli baju raya berharga RM200-RM300 malah ada yang beribu , tahun ni kita bersederhana. Ada je baju bawah RM200 tetapi kualiti yang bagus, design yang nampak mahal. Macam baju menyusu dari maryamzulaikha exclusive ni.

2. Kuih Raya

Rasanya time raya orang bukan makan sangat biskut raya ni. Macam Ainul sendiri suka makan lemang, ketupat, rendang takpun selalu orang hidang laksa, nasi tomato la.

Jadi budget untuk biskut raya boleh dikurangkan. Beli apa yang perlu sahaja. Buat syarat 2-3 jenis biskut. Kita boleh tambah dengan kerepek. Kerepek selalu cepat habis time raya. Cuba cari yang 3 bungkus RM10 .

Nak lebih jimat, buat biskut sendiri. Cuma plan dengan adik beradik atau kawan kawan sama sama share duit beli bahan bahan. selepas tu pakat pakat buat & bahagi sama rata. yang ini memang ainul buat. Contoh macam buat conflakes madu ni. dapat la 1 balang besar. Cost pun sikit.

3. Berkongsi kereta

Apa kata nak balik kampung tu berkongsi kereta. Yang bujang atau belum ada anak anak tu berkongsi la kereta dengan adik beradik ke. dah boleh tong tong duit minyak & tol.

4. Elak tol

Tol naik jadi apa kata kita melencong lalu jalan lama. Memang la lagi jauh tetapi jalan lama ada pemandangan best. nak berhenti mana mana pun senang. Cari je masjid. boleh singgah solat, mandi dan rehat.

5. Buat perancangan budget

Kita boleh buat kira kira dari sekarang. Agak agak tol & minyak berapa budget yang kita perlukan. Katakan RM300. Gaji bila dapat tu terus simpan RM300 siap siap.

6.  Balik awal

Pastikan juga anda balik awal atau tahu masa yang sesuai untuk elak jam. Boleh la jimat masa & minyak.

7. Naik Public transport

Anda boleh juga memilih naik keretapi, bas untuk menjimatkan duit tol & minyak. kalau ada budget boleh naik kapal terbang.

Yakin la dengan rezeki ALLAH. Bila niat kita nak eratkan silaturrahim, jumpa keluarga mesti ALLAH permudahkan. Utamakan benda yang lebih penting. Persiapan raya biar la sederhana. yang penting dapat balik beraya.

Selamat pulang ke kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge