Batuk ketika awal kehamilan memang memeritkan. Pengalaman ainul sendiri 3 minggu batuk teruk. Macam-macam la jugak makan. Kalau batuk sahaja ok lagi tapi paling tak best bila batuk sampai terkencing.huhuhu.. lagi-lagi nak solat. Adusss!! jenuh la keluar masuk toilet. Nak solat pun banyak kali terbatal.huhuu
1. Solat duduk
2. minum air panas atau suam
pastikan minum air panas atau suam ye. Jauhi air sejuk buat sementara waktu. Minuman bersusu pun tak elok tau. macam teh tarik, nescafe tarik. Susu pekat tu buat kahak lagi berkumpul kat tekak. Memang rasa tak selesa
3. Steaming
Ibu hamil pun boleh buat tau. Bukan kanak-kanak je. Konsep sama je. letakkan muka ke wap air panas. Letak air pnas sahaja pun boleh. Ainul kadangkan masukkan garlic. Bukan bawang putih kat dapur tu tapi pil garlic. Hancurkan dan masukkan dalam air panas. wap tu memang berbau bawang putih tapi rasa best.