Bedroom set

Bedroom set
Nak cari bedroom set.Tp apa yg perlu???Panduan memilih katil:* Tentukan saiz yang sesuai dengan keluasan bilik.* Jika memiliki bilik yang luas, anda boleh memilih reka bentuk katil yang sarat. Sebaliknya pilih rekaan yang ringkas jika bilik anda kecil dan sempit.* Beli tilam yang dapat menyokong berat badan anda. Tilam diperbuat daripada getah harganya agak mahal tetapi memberi keselesaan.* Dapatkan nasihat pakar jika anda membeli tilam udara atau air.* Buat ujian ketahanan kepada katil yang dipilih. Pastikan ia tidak bergoyang atau berkeriut kerana ini menimbulkan rasa tidak selesa.* Jika membeli katil besi, pastikan ia bebas calar. Pastikan tiada skru yang hilang.* Bagi katil dua tingkat atau beroda, pastikan sambungannya kukuh dan roda dalam keadaan baik.* Untuk menjimatkan ruang dan wang, anda boleh memilih katil dwifungsi (katil sofa). Selain tidak memerlukan bilik khas, ia berfungsi sebagai sofa di ruang tamu.Pastikah tilam digantiTIDUR adalah rehat yang sangat penting bagi memastikan kita menikmati kesegaran sepanjang hari. Tetapi bagaimana cara terbaik mendapatkan tidur yang nyenyak? Katil dan tilam empuk menjanjikan tidur lena serta rehat yang sempurna.Pernahkah anda mengalami sakit belakang atau leher yang berlanjutan sebaik bangun dari tidur? Ia mungkin disebabkan kedudukan badan ketika tidur dan ini banyak dipengaruhi keadaan tilam. Bagaimana menentukan bila anda memerlukan tilam baru?Berikut panduan yang boleh diikuti.* Adakah katil anda sudah melebihi 10 tahun?* Pernahkah anda bangun tidur dan mengalami sakit belakang atau sakit leher yang berpanjangan?* Bagaimana rupa tilam anda tanpa cadar? Adakah ia penuh dengan tanda kotor atau sudah koyak?* Bolehkah anda rasa bonjolan spring setiap kali anda baring?* Apabila anda beralih, dapatkah anda dengar pelbagai bunyi? Jika ya, ini menandakan katil anda sudah uzur.* Adakah anda sering tergolek ke arah pasangan anda secara tidak sengaja ketika beralih badan? Jika ya, ini bermakna tilam anda sudah kehilangan sokongan.* Adakah anda merasakan katil sudah sempit untuk anda berdua? Selalukah pergerakan anda mengganggu tidur pasangan anda?* Adakah tilam anda sudah hilang keanjalan? Apabila anda baring, tilam akan berlekuk mengikut bentuk badan anda dan tidak kembali ke bentuk asal atau permukaan tilam menjadi tidak sekata.* Periksa kaki katil anda, adakah ia rosak?* Adakah anda akan berasa malu jika jiran melihat tilam anda yang tidak bercadar? Jika ya, anda tahu apa yang perlu dilakukan.sumber: http://www.senihias.com
sweet kan

cantekk..

saya suker !!!!

simple 🙂

cantik & unik & pelik. sesuai ke dgn umah nanti.hihihi

Romantic but not to practical to me esp curtain tu.sexy….

2 thoughts on “Bedroom set

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge