Bersalin secara pembedahan perlu pakai bengkung tak?

Bersalin secara pembedahan perlu pakai bengkung tak?

Ramai sangat yang bertanya pasal ni. Jadi Ainul nak share la pengalaman sendiri yang pernah bersalin secara czer dan normal.

Pakai bengkung ni sangat penting kerana dikatakan

  1. mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
  2. melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  3. mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
  4. menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  5. memecahkan lemak dan selulit;
  6. mencegah dari makan berlebihan.
Bila bersalin czer, bahagian atas ari ari akan di potong untuk keluarkan bayi. Contoh macam gambar ni la ye. 
mostly ramai akan dipotong secara low transverse incision. Kenapa setiap potongan lain lain? Menurut adik ainul yang doctor tu dia cakap ikut kedudukan bayi kita macammana.
Jadi bayangkan kena potong bawah tu, perut masih lagi besar. nak gelak, batuk, bersin …ya ALLAH sakit tau. 
Jadi salah satu cara untuk bantu kita senang batuk, bersin adalah dengan memakai bengkung. Bila pakai bengkung perut kita akan di press… jadi bila batuk, bersin tak sakit. Selain itu bagus untuk posture , takde la masalah sakit pinggang dan kembali langsing
Apa jenis bengkung yang sesuai ? majoriti pakai bengkung moden yang tarik dan lekat tu kan. Ainul pakai bengkung biasa yang lilit sampai ke paha tu.. Leceh tapi sangat selesa.
Serius tak sakit tau kat bahagian kena czer tu. Jangan la pakai bengkung ketat sangat.. beberapa jam buka kasi pengudaraan sikit.
kredit image to beautygarden.com.my
nampak susah nak pakai tapi tidak pun sebenarnta.susah nak buka je. lagi lagi bila dah tak tahan nak ke toilet. aduss!! apapun Ainul paling suka bengkung ni. selesa dan sampai ke punggung dan paha.
Tak sakit pun tau tempat kena czer. Cuma jangan la ketat sangat ikatannya.
Jadi bersalin czer pun boleh pakai bengkung tau 


5 thoughts on “Bersalin secara pembedahan perlu pakai bengkung tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge