Cabaran 30 hari blogging Day 7 : Apa yang saya baca

Cabaran 30 hari blogging Day 7 : Apa yang saya baca

Seminggu hari cabaran. Tajuk hari ini apa yang saya baca. Kenapa? membaca kan jambatan ilmu. Jangan masa sekolah je rajin membaca. Membaca tak kira usia. kalau kita nak anak-anak suka membaca kita pun kena rajin membaca la kan.

Dulu ainul suka baca novel. 1 novel tu sehari boleh habiskan. sekarang? berhari hari atau tak sempat nak habis pun. Adakah sebab faktor usia?  Oh tidak !!

Sekarang ainul suka membaca majalah. Boleh dikatakan setiap bulan mesti beli majalah i-sihat, impiana, pa&ma. memang aktiviti wajib pulak rasanya. Sekarang penuh boleh buat koleksi.

koleksi majalah saya. tak tersusun.. 
walaupun ini majalah lama tapi ainul selalu baca balik sebab info yang ada tak lama. Refresh kan diri kita. 
Buku lain yang ainul suka baca…
Buku ni beli kat Big Bad Wolf. RM15 je. Tengok la penulis dia sapa. Fimiliar tak nama yang bawah tu? Dah lama buku ni tapi sangat suka sebab banyak info

yang menarik dalam buku ni. Bahasa yang mudah faham serta gambar yang menarik.. Comel kan cartoon tu
korang baca buku apa? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge