Cuti-Cuti Malaysia : Kuching- Semenggoh Wildlife Centre

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching- Semenggoh Wildlife Centre
Selamat datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh Wildlife Centre. Tidak jauh dari Jong Crocodile Farm. Cuma jalan nak ke sini agak confuse.Signboard ada 1-2 je. lepas tu lost.nasib baik melalui jalan yang betul. Kami pun hampir terlajak. Sighboard depan pun tak nampak di tepi jalan. Harap pihak pengurusan dapat letak signboard besar jadi senang pelancong nampak.
Kalau nak tahu disini kita boleh tengok orang utan secara live. Maksudnya di sini tiada pagar yang memisahkan kita dengan orang utan. So pandai-pandai la ye bawa diri dan jaga anak-anak. 

Peace!!!!! Kami dah sampai kat sini. Ambik gambo dulu. Snuggbaby yang sangat best.Memudahkan saya nak gendong tuan puteri Arreessa. Kalau tak kena dukung je.Lenguh tangan.Guna carrier ni tak rasa penah sangat.Boleh la mama kuruih sikit.Kempiskan perut.Ahaks!! Nanti kita buat entry khas pasal snuggbaby ni.
Itu dia…tengok dia bergayut dengan sebelah tangan dan anak digendongnyer sangat la comel.Hebat tau !! Dia tau ramai orang dok tengok dia.So dia pun tunjuk la aksi stunt yang menarik..bijak bijakk

Nak tengok orang utan makan sila datang pada pukul 11pagi atau 3 petang ye. Time kami pergi jam hampir 3petang.Rezeki nak tengok dia makan. Ada 3 ekor time tu. Arreessa sangat la excited. Selalu tengok kt zoo.Orang utan duduk dalam kurungan.Kali ni memang live betul.
Anda boleh juga join jungle tracking sambil melihat orang utan disana. tapi kami tak join sebab Arreessa dah sangat penat. Bila travel dengan anak ni kena plan betul-betul sebab diaorang cepat penat.Lasak macammana pun tetap kanak-kanak kan. 

Excited bercerita pasal “monkey”
balik hotel..Petang tu jalan-jalan lagi..
Kita bersambung lagi ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge