Finishing School Trip..

Finishing School Trip..

Sudah lama tak bercuti-cuti malaysia kan..Asyik keje, keje je..Akhirnya berjaya membawa Arreessa dan adik-adik pergi bercuti. Tajuk school trip kan sebab bawa 2 orang budak yang baru lepas SPM & budak baru abis belajo U..

Bila dah lama tak bercuti sekali ambik cuti lama la kan. Kali ni balik ke Jitra. Mak ayah sudah berpindah ke sana pulak.Alhamdulillah ayah dapat naik pangkat so kena la berpindah. Rezeki cucu cucu tok wan 🙂

Perjalanan Shah Alam ke Jitra tidak la sejauh ke Kangar. Dekat la sikit kan. Kami konvoi 2 kerete. Kereta Ainul dan my brother. Pagi-pagi lepas subuh terus gerak. takut kalau lambat gerak nanti jam nak keluar KL kan.

Sampai Penang kira-kira jam 12 tengah hari. Terus ajak hubby singgah Restoran Ikan Bakar Pak Din dekat Kepala Batas. 2 tahun lepas pernah makan kat sini.memang TERBAIKKK…

Bila sampai memang tepat time orang makan tengah hari. agak ramai la kan..Menu special harus la ikan bakar. Sotong, udang pun ada.BESAR- BESAR..duit pun besar la ye 🙂

Tempat santapan…
yummy!!!
sibok makannnnnn

zassss licin semuanya…
Memang terbaik!!!! sesiapa yang ke utara tu sila la singgah ye. Sila masuk ke exit Kepala Batas dan menuju ke pekan kepala batas. Bila dah jumpa pekas kepala batas cari jalan lama menuju ke Butterworth  ye. Restoran ni betul-betul tepi jalan sebelah kiri.
Edisi school trip kitaorang akan bersambung…….zzzzzzzzz

One thought on “Finishing School Trip..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge