Homeopati untuk mengandung

Homeopati untuk mengandung

Salam semua,

Pernah dengar perubatan Homeopati?? Ainul memang biasa dengar sejak kecik lagi.Nak explain bezanyer Homeopati dgn perubatan moden ni tak reti la sangat. Tapi ianya berbeza.

Alkisahnyer, ainul ni sejak start datang period pada umur 13tahun period memang tak tetap. masa sebelum kawen tak datang sebulan dua tu biasa la.Paling syiok kalau tak datang time bulan pose.hahaha harus la pose penuh.Pastu gelakkan mereka yang sibuk kena ganti pose.ishh tak baik la ainul ni kan.sila jgn ikut perangai cheq ni nooo….

Bila dah kawen, period tak datang sebulan tak pun lewat kelam kelibut la jadinyer. Hah! Ainul penah lewat sampai 50hari.berdebar ni.perasan la pregnant.Bagitau opismate.Diaorg pulak yang excited.Siap temankan ainul p pregnancy test. beli yang ni je 

kredit to google
beli yang paling murah.kedekut betul cik enol ni.yelah kang -ve menyesal plk.memang -ve pun.sedih giler.huhuhuuhuu..tapi ada yg kelakar jgk sbb mula2 result error sbb terbalik.hihihihi..Amatur lagi. Nasib baik dlm tu ada 2 set.hohohohoho
Setelah hampir 6++ bln kami kawen, my sister in law pun tanya2 la.dia tanya kitaorg rancang ke.Ainul memang tak planning apa2.Kalau ada rezeki terima dgn redha.Ainul bgtau la yg period ainul memang tak regular.Sekali sama kes dgn dia.Dia yang bgtau psl homeopati Hassan ni.
Tanggal pada 27hb December 2009, ainul ajak husband p Homeopati.Tujuan asal sebenarnyer just nak tanya apa masalah kitaorg je.Yelah better tau awal kan.
Sampai kt PKNS Bangi dlm jam 8pagi.Awal tu.Ingat lagi hari tu hari isnin.Siap ambik cuti.konon-konon p awal & hari keje so org tak ramai.Sekali ramai juga daaa..
Klinik tu kecik je.Ala mcm klinik biasa je.Sampai la turn kitaorg.Dalam hati dok terfikir nanti doctor tanya sakit apa nk ckp apa?? ” saya nak mengandung ke” ciss mcm tak senonoh je.hukhukhuk
Masuk je, jumpa la Dr Hassan aka Ustaz Hassan. Sebab dia pakai kopiah mcm ustaz.debaran kian terasa ni.takut!!!
Lalu ustaz Hassan minta tapak tangan husband. 90,70,80… tu je yg kita ckp & tulis something kt buku rekod dia.Dalam hati betul ke ustaz ni.Seterusnya tapak tgn ainul.Sama jgk..90,60,40..
Resultnyer…..
Jantung, hati , paru-paru & buah pinggang husband sihat.Lagi….
Dia cakap my husband ni suke makan nasi lemak.ehh mcmmmana dia tau ni?? pelik “)
Dia ckp husband ni jenis yg suke bt keje yg membuatkan dia aktif kalau setakat tgk tv confirm dia tertido.HAHAHHA mememang TEPAT sekali..
part ainul pulak……………………………………………………………………………………
sabo….nak cite la ni……
Alhamdulillah jantung, hati, paru2 sume ok tetapi rahim ada masalah sikit.gulp!! dia ckp kalau peknen senang gugur.fuhh risau weiii..tapi ainul takde masalah utk pregnant.Lega “)
Ubat utk kitaorg ada 3 jenis sorang.Ubat dia kecik-kecik & manis. Makan pun ikut turutan.Dimana makan ubat no 1 sejam sekali.kejap je abis.sedap ubat dia.Bila ubat no 1 abis makan plk ubat no 2.3 jam sekali.Lagi 1 ubat ainul dpt makan bila time period je.yang husband tak tau.lupa nk tanya..
total harga sume…MAHAL GILER… nak tau???? total sume RM45 ribu..hahhaahahaha tipu je..
RM45 hinggit je.serius tak tipu…
Homeopati ni ada pantang larang sikit. tak boleh minum kopi, nescafe, makan bwg mentah..
Sebulan selepas itu…ALHAMDULILLAH
I’ PREGNANT “)
Kepada sesiapa yang berminat nak p sila kan…jgn takut, segan silu.Tak salahkan kita berusaha..
PERUBATAN HOMEOPATHY HASAN Lot 2.08 Kompleks PKNS, Persiaran Pusat Bandar, 46350 Bandar Baru Bangi, Selangor . Tel : 03 – 8926 7831

ni ainul dpt dr internet

Isnin: 9 pg – 9 mlm
Selasa: Tutup
Rabu: 9 pg – 5 ptg
Khamis: 9 pg – 5 ptg
Jumaat: Tutup
Sabtu: 9 pg – 5 ptg
Ahad & Cuti Umum: Tutup

9 thoughts on “Homeopati untuk mengandung

  1. salam… saya pun ikhtiar makan homepati ne. baru makan ubat buang toksin. sbb doktor takut kesan dari gugur ari ada. sbb dah tak nak ubat hospital. ubat ne mmg manis. harap2 ada la rezeki anak sbb dah hampir 2tahun kawin tak da rezeki. kes saya sama la ngan ainul.. period tak teratur

  2. Salam Ainol,

    Kita pernah pergi. masa jumpa Dr. Hassan tu mcm takut kan. sbb guna tapak tangan je dah 'terbongkar' rahsia. Haha. So far masih tidak berpihak kepada saya. But I try and try.So skg mana si comel tu? Hehe

  3. alhamdulillah sbb dah ramai masyarakat kite yg telah mencuba kaedah perubatan homeopati..

    sekarang ni di malaysia,perubatan homeopati telah pun diiktiraf oleh bahagian perubatn tradisional dan komplementari kementerian kesihatan malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge