Honeymoon part 2

kembali utk edisi bulan madu ke2. Kenapa terengganu? sbb ada wedd di kelantan 14 Feb so alang-alang tu blh la p terengganu.kenapa kt KT je? nape tak redang ke, p.perhentian ke?? sbb my hubby 1st time nk p pnti timur so i decide nk bw jln2 bandar KT dl.lgpun skrg ni pantai still bergelora.InsyaALLAH next time blh p pulau lak.

Hari 1

Dari KB terus je ke Hotel di KT. Nasib baik dh booking awal utk hotel.so mula2 terjah hotel la dl.penat mmg la tak hinggat.mana taknyer drive dr shah alam ke KB and KT.kitaorg dok kt  GEM BEACH RESORT. ni pun slps membaca ttg tmpt ni di sini . Resort ni biasa-biasa je tp saya suke sbb privacy & canteek.jauh sikit dr KT about 20km.resort ni area batu rakit. Mula2 nk stay kt Batu Buruk tp slps bc kt forum ni terus tak jd.tp tu maybe pengalaman masing2. lps check in je dua-dua terus pengsan.
malam tu ronda-ronda area2 UMT tu cari tempat mkn.sesat barat smpi la ke airport.sekali nampak la pulak stadium runtuh.opssss!!!!.. cari punya cari terjumpa la 1 kedai mkn yg mcm nampak meriah & ramai org. Pok Tom yam nama kedai. tp makan nyer biasa-biasa je.not recommended la.hihihi sila jgn saman saya.customer always right kan 🙂 
lapo punya pasal telan je la labu.. balik resort terus TIDO!!!

Hari 2

Lepas bekfes, terus terjun swimming pool.hihihihii

muka kaki melantak 🙂

Mmg sudah plan dr awal utk ke rumah cikgu saya ms sekolah dl. ustaz & ustazah ni mmg rapat de form 1 until now.nama je ustaz & ustazah tp diaorg layan je perangai kitaorg yg mcm2 ni.ms kt U dl pun time sem break pasti akan ke rumah diaorg.masa tu cite psl boyfriend la, putus cinta la.diaorg jd kaunseling la utk saya & kwn2 lain.last 4 years diaorg pindah balik ke terengganu.yelah kampung sendiri.so harus la ke rumah mereka jika ke terengganu.rindu sgt!!.. mereka masih seperti dulu.tp dh ada rumah banglo.fuhh cantik rumah mereka.jeles rumah aku kecik je 🙁 .. ke terengganu harus la pekena nasi dagang kan. ustazah hidangkan nasi dagang yg mebelesss..hubby smpi 3 pinggan tambah.hihhii

ekspidisi diteruskan ke majlis kristal.org asyik bercerita je.so nk tgk la dgn mata kepala sendiri.nasib baik ada kwn hubby yg sudi menjd tourist guide.kalau tak mahunyer sesat lg. taman tamdun Islam tu dekat je dgn muzium negeri. uollss ikut je signboard ke taman tamadun islam InsyaALLAh jumpa.as we kmow. taman tamdun islam ada byk replika masjid seluruh dunia.kena bayo kalo nk masuk.sepoloh hinggit rasanya( tak masuk pun) 

Bagi saya majlis kristal ni biasa2 je.mungkin lain dr yg lain sbb dibuat dr kristal kot.ramai sgt org time tu.dah la panas giler.berpeluh2.lain kali p waktu ptg la better la.i masuk la majlis tu, dr dlm pun biasa je.kecik je masjid tu.

dh mcm mesir …


masjid kristal


us 🙂


hubby & tuan pemandu pelancong

tempat seterusnya…..PASAR PAYANG of course !!!!.. tp p time cuti sek ni mmg la mencabar.nk parking kete pun susah.kt psr tu ya ALLAH ramai nyer org. rambang mata tgk org & kain2 sutera yg cantik2. puas pusing2 1 pasar payang cr kedai nama ” Muhibah Store” ( disuggestkan oleh ustazah saya)..tp tak jumpa.pening sbb terpaksa berhimpit2.sian hubby.nasib baik dia cool je.kalau org lain entah2 dh kena ajak balik.huhuhuhu
sempat la sambar 3 sutera.1 utk my sister, 1 for my mon & 1 for ME…..tu je la kot yg saya beli.nk beli tudung or yg lain mmg la tak sempat.org ramai 7 saya pun dh penat.cuaca panas sgt.sakit kepala & lapo.

Balik hotel lps beli KFC utk dimkn kt hotel..( lebih tenang)

malam mkn di kuala Ibai.restoran tu bwh jambatan.Sotong grg tepung sedap!!!! kalau time cuti sek ni kena la reserve dl.*** very recommended***

Hari 3

Hari terakhir di KT ni.lepas bekfes terus checkout sbb taknak lewat sgt bergerak pulang.On the way singgah di kelulut utk beli kepok. trademark : kedai 2 tingkat sblh kiri kalau dr KT betul2 depan pantai.lupa nk snap gmbr.
Lunch di Pantai Teluk Mak Nik. Dr jln besar ambik kiri terus smpi jumpa smpg 3.ambik kiri & terus. sblh kiri ada 1 restoran nama ” Aziz Satar ” .. ada satar, otak2, lauk pauh.yg best ada udang, ketam yg besar2.mmg sedap giler!!!! terbayang2 kesedapannyer.pasti akan ke sana lagi.tp kena awal kalau tak cepat je abis..
*** very recommended***

sampi je karak jem teruk giler.Sabo je la. Moral of the story, jgn p time cuti sekolah 🙂

* Bulan madu selepas ini akan ke luar malaysia.masih dlm planning .insyaALLAH 🙂 **

2 thoughts on “Honeymoon part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge