IBU KURANG KALSIUM BAKAL MEMBUATKAN BAYI DALAM KANDUNGAN TERDEDAH KEPADA PLUMBUM?

IBU KURANG KALSIUM BAKAL MEMBUATKAN BAYI DALAM KANDUNGAN TERDEDAH KEPADA PLUMBUM?

IBU KURANG KALSIUM BAKAL MEMBUATKAN BAYI DALAM KANDUNGAN TERDEDAH KEPADA PLUMBUM?

Masa pergi BLNC hari sabtu baru ni, Dr Bruce Daggy ada cerita kenapa IBU HAMIL PERLU CUKUP KALSIUM.
Cerita dia begini.

Masa wanita itu hamil dan menyusu, keperluan kalsium meningkat dengan banyaknya bagi memenuhi keperluan pembesaran fetus dan juga pembentukan tulang bayi.


Ada yang kata keperluan kalsium adalah 1200-1500mg/sehari.

Kalau ibu hamil itu tak amik jumlah kalsium yang mencukupi, badan akan ‘curi’ kalsium dari dalam tulang untuk diberi kepada baby.

Apa pula kaitan dia dengan plumbum/lead?

Ok..

Kajian kata, walaupun ibu hamil itu tidak terdedah kepada pencemaran plumbum sewaktu dia hamil, beliau masih boleh mendedahkan bayi dalam kandungan kepada plumbum.

Ini kerana, 95% daripada plumbum ini disimpan dalam tulang.

Bila ibu tadi tidak mengambil kalsium yang secukupnya, badan akan tarik kalsium dari tulang untuk diberi kepada bayi.


Pada masa yang sama, plumbum yang duduk dalam tulang tadi akan ikut keluar sama. Masuk dalam darah, menembusi pacenta (uri) dan seterusnya masuk ke dalam aliran darah bayi dalam kandungan.

——–

Nampak tak kaitan dia?

Kalau ibu itu amik kalsium yang mencukupi semasa dia hamil/menyusu, badan tak akan kacau dah kalsium yang duduk dalam tulang ibu, so plumbum yang ada dalam tulang tu pun duduk je senyap-senyap kat situ tak keluar.

Baby pun selamat. Kan?

———

Dah kenapa kalau plumbum tu pergi kat baby?
Bahaya ke?

Semestinya bahaya

Dia akan efek pembentukan otak baby, yang akan menyebabkan masalah pertumbuhan bila baby dilahirkan, dia akan menyebabkan baby mempunyai berat yang kurang dan lahir premature. 

Kredit : Dr Nadia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge