Jalan-Jalan Pantai Timur

Jalan-Jalan Pantai Timur

Lama tak menjejakkan kaki ke pantai timur. Rasa kali terakhir ke Kelantan dan Terengganu 3tahun lepas. Masa tu Arreessa baru wujud dalam perut mama. Peluang ada urusan kerja ke sana di ambil dengan hati gumbira. Alang-alang bekerja boleh jalan-jalan sekali. Boleh claim kan 🙂

Perjalanan dari Shah Alam ke Kelantan sangat la memenatkan. Agak jauh sebab kami lalu ikut Terengganu. Saya yang minta husband lalu ikut Terengganu sebab tak suka lalu ikut Gua Musang.Lagi terasa lama dan bosan.
Kami stay di Hotel Renaissance Kota Bharu . Hotel yang cantik dan sarapan yang sedap. Boleh tak teringat nasi dagang kat situ. sedapp

Sesiapa yang p kelantan tu sila la duduk hotel ni. Selesa dan dekat dengan bandar. Nak ke Wakaf Che Yeh pun dekat.  Malam tu jalan-jalan jugak ke sana tapi tak beli apa pun. Arreessa dah tido kepenatan. Cuci mata je la
Kerja settle di Kelantan. Plan asal nak balik Shah Alam terus. Tetiba Supermom’s Sisters tau kami nak ke Pantai Timur terus ajak ke Terengganu jalan-jalan. Alang-alang dah hari jumaat so layan je la. Dari Kelantan kami ke Terengganu.
Di Terengganu , kami sewa homestay sebab 5 family kan. Best, murah & bersih Homestay ni. Banglow besar ada 8 bilik.Kalau sewa 8 bilik aka 1 rumah tu RM500 1 malam. Kalau nak 4 bilik je RM300. So sapa yang ke sana ramai-ramai molek sangat la sewa homestay ni. Purnama Homestay  ni dekat je dengan bandar & lokasi kepok lekor best. 
Kawasan rumah pun besar. Boleh buat BBQ. Next trip ke terengganu mesti nak stay sini lagi. Jiran -jiran sini rupanya adik beradik owner homestay.So senang nak minta apa-apa termasuk toto.hehe
Aktiviti kat sana?? tempat makan best???
Nanti kita sambung ye
🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge