Kisah Si Bilal
Sana sini isu pasal Bilal
Hal Neelofa taknak tunjuk muka anak dia sebelum ini tu biarkan la hal privacy dia
Kalau kita tengok kat luar negara pun tak semua artis selesa nak tunjuk anak pasangan mereka. Semuanya pasal soal keselamatan
Jang Nara kawen pun mana tunjuk muka suami dia.Rain dan Kim Tae Hee pun tak pernah tunjuk anak anak mereka sebab isu privacy,keselamatan
Tak kisah la sama ada ia ya artis atau rakyat biasa. Hak memilih untuk apa nak dikongsikan pada umum adalah hak masing masing. Semua mak ayah sehabis baik akan menjaga anak anak kan.
Cuma rasa kecewa apabila ada pihak yang dah la curi ambil gambar anak orang, sebarkan pulak tu. Bab ini saya paling tak suka. Seolah telah mencemar privacy orang lain tanpa minta izin.
Kalau tengok sekarang , orang suka hati ambil gambar, ambil video tanpa izin dengan tujuan content. Tak kira lah kalau ianya untuk tujuan yang baik. Ianya tetap tak berapa manis seolah tiada adab. Nak ambil gambar, video minta izin. Lainlah kedai makan yang korang tengah makan. Itu pun ada sesetengah kawasan yang privacy bagi sesetengah kedai makan pun kena jaga.
Takut kerana video, gambar kita yang separuh jalan tu mendatangkan fitnah yang besar.
Macam saya pun mana tau time tu tengah marah anak. Orang luar mana tau kisah sebenar. Tup tup keluar video dera, marah anak.mak yang kejam.
Tang aku peluk cium anak anak hangpa tak mau pulak ambil.
Kita manusia biasa. Yang tak pernah lepas dari buat salah.
Melainkan ada kes dera yang memang korang tau dr A to Z kes dera, kena pukul ,langgar. Tak perlu kongsi di media sosial dulu. Hantar pada pihak berkuasa dulu.
Ingatan pada diri sendiri juga. Dalam terkejar content, nak viral,nak kaya,nak femes .. jangan sampai membuka jalan fitnah orang lain.
Ni gambar bukan Bilal tapi Zulaikha 12 tahun lepas.