My Graduation Day 2015

My Graduation Day 2015

Finally!!! I’m Graduate !!!! selepas 2007 ini kali kedua la Ainul Graduate. Selepas habis degree terus bekerja dan memang tak plan nak sambung belajar. Serius malas giler.hahahaa.. Berjaya lulus cemerlang engineering course tu dah cukup hazab adik oiii.. untuk akak yang super pemalas belajar ni la. Jangan contohi akak ye. Sila contohi husband akak yang sungguh berdedikasi belajar sampai PHD.

6 tahun bekerja ada juga ambil exam CCNA. Tapi fail. hihihihi.. Serius akak tak minat. Akak suka engineering tapi bukan CCNA.  Mungkin sebab kerja kerja selama 5 tahun tidak menggunakan CCNA sangat. Bila masuk department baru kena pulak ambil exam ni. Jadi sengaja tidak study walaupun tahu diri ini satu habuk pun tak faham apa yang cikgu ajar. Kena repeat uolss!! Nasib baik akak dah resign jadi engineer so lega tak payah nak hadap exam yang akak tak minat. YES!!!

December 2015, akak dikehendaki mengambil kelas untuk melayakkan diri akak sebagai Certified Product Trainer Shaklee. Mula-mula malas juga tapi husband suruh pegi dan dia sudi jaga anak-anak. Oklah kan. Training yang  sangat BEST.

Kenapa BEST sangat? Apa yang paling Ainul suka adalah apabila kita belajar sesuatu kita tahu dekat mana nak apply. Setiap saat belajar nutrisi , sistem badan manusia, kenapa itu ini WOW !! teruja sangat. excited sebab kita tahu kat mana nak guna ilmu yang kita belajar.

Kenapa aku kena makan vitamin C? kenapa kena ambil.kalau tak ambil tak boleh ke? kalau nak makan buah oren je hari hari ok je kan. dapat jugak vitamin C

Semua persoalan terjawab.

Paling Ainul suka bab sistem manusia. dulu zaman spm dah belajar sikit sikit dalam biologi tapi membosankan. kali ini menyeronokkan, senang faham. Dulu kita belajar nak dapat A SPM je. Sekarang kita belajar sebab apa yang kita belajar kita nak guna untuk bantu orang ramai diluar sana.

dah belajar ada exam dan presentation. Alhamdulillah kawan-kawan pun sama -sama study. Bila dah ada anak ni, kena korbankan la masa tidur sikit. Bangun awal study. Prepare untuk exam oral.

Akhirnya alhamdulillah Ainul LULUS !!!!!!!!!!!!!!!!!

19 May 2015 lepas, diadakan majlis graduation untuk meraikan kami yang layak bergelar Certified Product Trainer Shaklee

Majlis bermula jam 6 petang . Bermula dengan pendaftaran dan makan malam. Special makan malam di tingkat 14 Pinnacle Sunway. Dinner di awan biru

Makanan pun sedap sampai akak tambah dua kali. takpa kita makan herbalax & lecithin selepas tu ye 
Selepas solat maghrib, acara pun bermula. Seramai 55 orang graduan diraikan malam itu. 
Yang SPECIAL di Graduation ini adalah naik pentas ambil scroll dan diberi 1minit untuk berucap. Terharu bila ada yang 1st time graduate. Dulu belajar dekat Jepun takde majlis convocation. Mereka excited sebab diberi peluang dengan Shaklee naik pentas. dan ada belajar setakat SPM tetapi dapat menikmati NIKMAT bergraduasi bersama orang orang yang dahulu graduan law, engineer, Jepun, US dan lain lain. Ini la best dalam buat business..
Muka nebes sebelum nak naik pentas.. Nebes sebab kena bagi speech. Aku nak merepek pasai apa la nanti…HAHHAHAHA
Selesai majlis penyampaian scroll, majlis bergambar beramai ramai pulak
Ada graduate di sini umur sudah lebih 60 tahun tau. 20-30 tahun dalam business Shaklee. Pencen dengan business Shaklee bukan lah mustahil. Mereka sudah buktikan kukuhnya business shaklee.kalau tidak masakan sudah 30tahun di Malaysia

kawan kawan seperjuangan… 

My bff Nurul & Kak Miah yang sentiasa , banyak bantu saya. 
Supporter saya yang paling kuat adalah mereka….

Terima kasih husband tersayang sudi jagakan anak-anak. Pertama kali nak tinggalkan Maryam dan dia pulak demam. Susah hati sepanjang kelas tapi husband banyak bagi support dan bantu jaga Maryam dan Arreessa. Thank you sayang sebab menjadi cikgu saya dalam membantu memperbaiki skill oral presentation saya. I love U 
Terima kasih Areessa dan Maryam sebab korang la kekuatan mama. Ini semua untuk korang berdua.
Semoga dengan pengikhtirafan saya sebagai Certified Product Trainer Shaklee ini, saya dapat membantu lebih ramai di luar sana untuk lebih sihat dan lebih berjaya dalam business Shaklee
Impian saya supaya ramai wanita bekerja dari rumah menjana anak anak dan pada masa yang sama mendapat pendapatan 5 angka setiap bulan. Saya sangat yakin ramai yang mahukannya tapi masih takut takut. Saya sudah buktikan..
Jika anda mahu menjana pendapatan secara part time atau full time dan mahukan bimbingan di bawah saya, sila SMS/whatsapp ke 013-3612717 atau anda boleh email ke ainulfadzilah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge