Pencarian Agen 3R. Jom Sertai Sekarang!!

Pencarian Agen 3R. Jom Sertai Sekarang!!

Kenal tak nama seperti Azah Yasmin Yusof, Rafidah Abdullah, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Celina Khor. Nama yang biasa kita dengar dan fimiliar dengan rancangan 3R. 

Ainul memang layan 3R ni sejak sekolah lagi. Banyak info, ilmu mengenai wanita, hak hak wanita yang kita boleh sama sama belajar. Yang menarik rancangan 3R ni akan berkongsi ILMU dalam bentuk yang menarik. Mudah kita faham dan interaktif.

Berminat menjadi agen 3R? Berpeluang menjadi pengacara 3R yang baru….
Jika anda seorang yg berani, cepat berfikir dan bertindak, andalah agen 3R yg mereka cari. Untuk keterangan lanjut dan ingin menyertai pencarian ini boleh layari laman web www.feefo.tv.

Majlis pelancaran Pencarian Agen 3R bersama kedua2 penerbit eksekutif Datin Paduka Marina Mahathir dan Lina Tan.


JADILAH AGEN 3R SEKARANG!

TERMA DAN SYARAT

• Pemohon mesti warganegara Malaysia berumur 18-27 tahun dan menetap di Malaysia

• Pemohon boleh memohon sebagai seorang individu atau sebagai satu kumpulan sehingga tiga (3) ahli (maksimum).

• Pemohon mesti bersetuju dengan Terma dan Syarat yang tertera ini, termasuk setiap ahli dalam permohonan berkumpulan.

• Pemohon-pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui Emel dan telefon.

• Pemohon-pemohon yang berjaya akan menghadiri Bengkel Agen 3R yang akan diadakan pada hujung bulan Februari 2016 (tentatif), dan merupakan bengkel tajaan penuh oleh pihak 3R Media

• Pemohon-pemohon yang berjaya akan menerbit dan menghasilkan video-video untuk 3R Media secara freelance selama tempoh tiga (3) bulan, dan berpeluang untuk menerima bayaran atas sumbangan tersebut. Video yang terpilih akan disiarkan di FEEFO.TV

< SERTAILAH SEKARANG! >

MISI PERTAMA: HANTAR VIDEO ANDA

• Hasilkan satu video vlog ataupun satu video mengikut kreativiti anda yang menyentuh mana-mana topik berkenaan; gaya hidup, keselamatan, identiti, dan perhubungan. Panjang video tersebut haruslah satu (1) minit.

• Layari YouTube dan upload video anda dengan tajuk #Agen3R – (topik video anda). Jika anda tidak mempunyai akaun YouTube, anda perlu mendaftar untuk mempunyai sebuah akaun YouTube.

• Kemudian, layari pautan di website FEEFO.TV pada halaman http://www.feefo.tv/agen3r.html dan klik pada “Borang Permohonan” untuk mendaftar. Anda mesti mengisi semua maklumat-maklumat permohonan secara lengkap dan tepat.

• Video yang dihantar mesti merupakan idea asli dan penghasilan pemohon-pemohon sendiri .

• Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2016, pukul 11.59 PM.

< SERTAILAH SEKARANG! >

Rebutlah peluang keemasan ini untuk tonjolkan bakat pengacaraan anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge