Pengasuh atau Nursery: Mana Yang sesuai Hantar Baby

Pengasuh atau Nursery: Mana Yang sesuai Hantar Baby

Setiap hari ada je berita pasal baby meninggal kena dera , jatuh dari buaian di rumah pengasuh . ishh macam macam la . Hati mak mana tak risau lagi lagi bila ada baby. Nak habis pantang tu punya la susah hati ke mana nak hantar anak ni. Pengasuh atau Nursery: Mana Yang sesuai Hantar Baby. Ada yang cakap kalau baby bagus pengasuh.

Pengasuh atau Nursery: Mana Yang sesuai Hantar Baby?

Ainul bukanlah pakar ye. Cuma nak kongsi pengalaman yang tidak berapa banyak ni. Setiap kita ada pendapat masing masing. cuma ini pendapat Ainul la ye.

Antara pengasuh atau nursery Ainul sangat suka NURSERY dan sangat galakkan hantar ke nursery berbanding dengan pengasuh

kenapa?

Paling utama sebab selalu di nursery baby mungkin ada ramai dan pekerja juga ramai. jadi masa korang p survey nursery tanya juga seorang pekerja jaga berapa orang baby. kalau boleh 2-3 baby. Bila ramai pekerja di nursery at least mereka ada masa untuk rehat, solat, makan.

Bayangkan kalau pengasuh sorang kena jaga 3-5 orang. Nak makan minum, berak pun fuhhh.. Lagi kalau ada baby yang jenis nak menempek je. Kita manusia kot. bukan robot. nak juga rehat 5min pun.

Kalau korang jumpa pengasuh yang jaga korang je lagi bagus. exclusive gitu. Korang keje penat penat spend la duit sikit bayar pengasuh professional kan. Nak tambah duit boleh join sini

Sebab lain kebanyakkan nursery akan berdaftar. Ye pastikan berdaftar ok. Jangan pilih asal murah. ishhh
Bila berdaftar ni mereka kena pergi kursus itu ini.

Pengasuh ni kebanyakkan surirumah yang tidak bekerja. Nak buat extra income jadi pengasuh. Cuba banyakkan kita time weekend , nak masak, nak kemas rumah, nak jaga anak. Anak sendiri ok lah. ni tambah lagi dengan anak orang.

Nursery ni bila berdaftar, mereka kena jaga kebersihan. Masa korang p tengok tengok tu sila masuk ke dapur, toilet ok. Selalu nursery ok akan bagi kita masuk. Pengasuh tak tau la.

Ainul pernah kenal sorang ni di FB, dia jadi pengasuh juga. dan dia rajin juga update gambar budak budak yang di mengasuh tu . akan tetapi yang Ainul tak berapa gemorr sebab dari gambar tu nampak keadaan rumah yang sangat kotor. bantal pun nampak kitam berkulat..eeewwww

jangan sebab nak murah je tau kita abaikan bab kebersihan. Dah la bila anak anak duduk ramai ramai senang kena selsema, batuk, HFMD la. Ada juga yang asyik kena ruam, allergik je.

Nursery ada aktiviti. Bila ramai rakan sebaya ada aktiti nursery akan plan buat. menari, bersukan. Aktiviti untuk baby pun ada. tidak la asyik suruh tido je.

Ni antara sebab la ye. Ada banyak kali kalau nak di listkan.  Apa pun ambil masa untuk survey dan ikut naluri seorang ibu. Kalau rasa berat je jangan la hantar.

Duit kita boleh cari insyaALLAH, anak mana nak cari ganti. Sakit beranak pun belum habis.

Bila dah buat pilihan, doa banyak banyak semua pilihan kita itulah yang terbaik untuk anak kita.

Tapi bukan bermakna pengasuh tak bagus ye. Pengasuh dapat yang bagus memang bagus. cuma Ainul suka nursery lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge