Resepi Biskut Oat Onde Onde Quaker Mudah Sedap

Quaker oat nama yang sinomin dengan sarapan pagi yang sedap, simple tapi sihat. Jadi bila masuk musim Raya, kita inovasikan dengan buat biskut raya pulak. Tak rugi beli quaker oat ni, boleh minum untuk sahur sepanjang Ramadan dan guna untuk buat biskut raya pulak. Memang berbaloi. Yang penting lagi biskut raya lebih sedap.

resepi biskut

140 tahun dah quaker oat ni rupanya

Quaker oat sinonim dengan menu sarapan yang ringkas dan sedap
Sahur hari ni kita buat oat +kurma+susu+collagen

Ada oat matcha tea uolss. Apa rasa?

Raya dah dekat boleh la kita buat biskut raya menggunakan oat 🤗🤗🤗

Nak tahu biskut apa? Jeng jeng jenggg

Jom Ainul nak kongsikan special resepi hasil tangan Chef Anis Nabilah iaitu Biskut Oat Onde-Onde Quaker

 

 

Biskut Oat Onde-Onde Quaker

Saiz Hidangan: 35

Kredit: www.quaker.com.my

Bahan-Bahan

  • 130g Quaker Instant Oatmeal
  • 130g tepung
  • 20g kelapa parut kering
  • 20g serbuk santan
  • ½ sudu teh soda penaik
  • ¼ sudu teh garam
  • 125g marjerin
  • 30g gula perang
  • 50g gula kabung (gula melaka), diparut
  • 60ml minyak canola
  • 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
  • Gula melaka cair (untuk hiasan)
  • Kelapa parut kering (untuk hiasan)

 

Cara

  1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
  2. Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
  4. Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
  5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.

Resepi atas ni yang asal dari Chef Anis. Ainul ubah sikit konon nak buat ala ala tart gitu. sebab nak letak gula melaka sebagai hiasan. Bila makan rasa oat, gula melaka awww sedap nyer

Selamat mencuba

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge