Resepi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Merah Sedap

Resepi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Merah Sedap

Assalamualaikum dan selamat pagi. dah lama teringin nak buat sendiri nasi tomato. Selalu beli je kan. kat mana beli nasi tomato sedap ? Ainul selalu beli di sini dulu tapi sekarang dah takde makcik tu berniaga . Ada mood hari tu, maka terjadilah Resepi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Merah Sedap

Resepi Nasi tomato ni ada banyak cara. Ada yang masukkan tomato puri, ada yang masukkan tomato fresh. Ainul punya simple je dan insyaALLAH sedap kena dengan selera suami dan anak anak

 

Resepi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Merah Sedap

Resepi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Merah Sedap

Kita bermula dengan masak nasi dulu ye

Bahan Bahan untuk Resepi Nasi Tomato

  1. Beras
  2. susu full cream ( ni yg ada kat rumah )
  3. rempah mcm bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  4. sos tomato
  5. minyak sapi
  6. bawang merah, bawang putih, halia

 

Cara nak masak Nasi tomato ni senang je tau. Ainul akan buat cara paling senang. janji sedap nak makan.hehe

Step 1 

masukkan minyak sapi dan lemak kulit ayam. opss ni optional ye bab lemak kulit ayam tu. kita nak minyak dia aje. bukan makan tau.

 

Step 2

Kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah bunga lawang, kayu manis, buah pelaga. Tumis sampai naik bau

 

 

Step 3

dah naik bau tumisan tadi, masukkan beras yang sudah dibasuh dan ditos airnya. goreng beras ni kasi mesra alam dulu tapi jangan lama sangat ok.

Step 4

Masukkan air dan susu. Macammana dengan sukatan nya? Ini cara Ainul la ye. Kalau beras 2 pot jadi kita kena masukkan  3.5 air. 3 dan 1/5 pot air. ni kalau masak nasi biasa. Jadi untuk buat resepi nasi tomato ni, ainul masukkan 1 pot susu full cream dan 2.5 pot air biasa.

jangan lupa masukkan sos tomato sekali tau. berapa banyak suka hati nak warna macammana la ye. Ada yang suka warna terang, rasa lebih masam. Hari tu pulak sos tomato tinggal sikit. masa warna agak pucat. Tapi rasa tetap adooo

Masa ni korang jangan lupa masukkan garam sikit ok. kacau kasi rata dan tutup periuk nasi.

 

dh masukan air dan susu , tutup periuk nasi dan masak macam biasa. Untuk masak nasi tomato ni, Ainul guna periuk nasi Batik Pensonic. Yang best periuk ni kapasiti yang besar dan tidak melekat. Bila nasi dah masak pun tak jadi kerak kat bawah tu.

ini rupa periuk nasi Pensonic batik . Boleh p mana mana kedai, pasaraya beli ye. Corak pun menarik.

 

Maka siaplah resepi nasi tomato Ainul. warna tak ceria sangat sebab sos tomato habis . Kalau korang suka warna lebih terang boleh masukkan tomato yang dah diblend atau tomato puri.

 

Resepi Ayam Masak Merah Sedap

ecehhh puji diri sendiri pulak cakap sedap.hehe. siapa lagi nak puji kan. Anak anak suami puji dah kembang semangkuk. Kemain seronok bila anak anak suami makan bertambah. Penat memasak terus hilang kan.

RAHSIA NAK AYAM MASAK MERAH SEDAP

Cara nak masak ayam masak merah ni macam biasa je

  1. Goreng ayam separuh masak
  2. blend bawang putih, bawang merah
  3. tumis bahan blend dan tumis dengan rempah 4 sekawan
  4. masukkan cili giling. tumis sampai garing
  5. masukkan sos cili, sos tomato
  6. tadaaa ni rahsianya. hehe – iaitu masukkan susu full cream. Ainul guna dutch lady. kalau nak masukkan santan pun boleh
  7. masukkan gula garam dan ayam. gaul sebati sampai mesra la ayam dengan kuah tu

 

nasi tomato tidak lengkap tanpa ayam masak merah dan acar timun, tomato. Alhamdulillah habis licin masakan ini. Selamat mencuba ok 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge