Ritz Garden Hotel Manjung

Ritz Garden Hotel Manjung
Wedding kezen di Manjung. Kezen rapat main sama sama masa kecik. kezen ni la tukang gaduh, main sesama, main power rangers kat rumah tok. Sekarang semua dah ada family sendiri. tahniah Faris & Rozie. Wedding sebelah Rozie di Sabah , Ainul tak dapat pergi. Mabuk teruk time tu. Jadi kat Manjung ni kena la pergikan.

Plan asal dengan ayah dan adik beradik, selepas wedding Faris ni nak stay semalam di Kuala Selangor. Dah book homestay dah. Nasib baik owner tu tak minta apa apa deposit. Last minit masa dekat kenduri, adik adik ajak tidur Taiping. Adoiii !! dah la esoknya nak rushing ke Team Building pulak.  nak stay dekat Manjung pun homestay semua penuh. hotel pun sama. Yelah musim cuti sekolah. last minit booking ni memang susah la sikit.

Akhirnya Ainul & husband plan kita terjah je mana mana hotel yang ada kt Manjung atau Lumut. Nak tido kejap je. Esok pagi pagi dah nak gerak ke Lenggeng Negeri Sembilan. Asalnya nak stay Lumut. Tapi bila pergi area Lumut.. awat macam pekan mati. Banyak hotel yang dah tutup. Serius macam scary je. Terus cakap kat husband kita stay kt Manjung je la. Dekat bandar sikit.

Cari punya cari terjumpa Ritz Garden Hotel Manjung. Hotel ni betul betul sebelah Billion Manjung. Oklah kan dekat bandar. tempat makan semua senang.  Mulanya husband ajak tidur di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Jauh la pulak. lagipun nak stay kejap. Macam tak berbaloi je kan. Next time la kita p yeee

Last minit ni tak boleh nak berkira sangat. Tak sangka no bad la Ritz Garden Hotel ni. Cantik, bersih. Harga pun murah je. Serius tak sangka harga murah tapi dapat hotel macam ni. Ok la sesangat untuk kami tido kejap. Harga RM127 semalam termasuk GST, 2 breakfast. Murah kannn..

keadaan bilik & toilet. Bilik agak sempit la sikit tapi untuk kami 4 orang ni ok je. Mungkin ada bilik lain yang lebih besar rasanya. Tak sempat nak tanya pulak. Korang boleh check kat website dia. katil pun besar. muat la kami 4 beranak tidur dengan selesa. TV ada astro lagi.

Sarapan di hotel ni oklah not bad. Pilihan tak banyak sangat. Malay food ok je. Tapi dia punya scone sedap sangat. Lagi sedap dari Cameron punya kot.hihihi

Bagi Ainul la ye. sedap, lembut dan kena la dengan taste Ainul. Kalau tak takde la makan sampai 4 ketul.hihihihi.. nasib baik berat naik 0.5kg je masa check up.. selamat ko scone.

Kepada yang nak ke Manjung tu boleh la stay kat sini. Very recommended. Harga murah, hotel bersih, selesa. Bawah hotel tu ada mamak. Seberang jalan ada kedai makan.  Ok la sangat sangat siapa yang nak stay sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge