Rumah Murah Khas Untuk Bumiputera

Rumah Murah Khas Untuk Bumiputera
Harga rumah semakin lama makin naik. Di lembah Klang terutamanya harga rumah majoriti sudah mencecah setengah juta. Bila dah berjaya kumpul duit dan beli rumah. Habis semua simpanan , impian nak ke Mekah menunaikan Umrah pun kena tunda sebab kena kembali menyimpan duit.

Jadi istimewa untuk bumiputera yang ebragama Islam, IJM Land Bhd telah bekerjasama dengan Andalusia Travel Tours Sdn Bhd,telah menyediakan 1 pakej terbaik iaitu ” Beli Rumah Jom Umrah” dimana dengan setiap pembelian rumah di Seremban 2 dibawah projek IJM Land akan menerima 2 tiket menunaikan umrah secara percuma. Best kan.

Projek Perumahan IJM Land di Seremban 2

Dengan pembelian , IJM Land menawarkan package Umrah yang lengkap selama 12 hari . Package termasuk tiket penerbangan, penginapan di Hilton Hotel Mekah selama 6 hari dan Mawaddah al Waha/Mawaddah al Huda, Madinah selama 4 hari.

Semua lengkapkan. tinggal bawa diri je. Andalusia Travel ni pun antara travel agen terbaik dan memang terkenal di Malaysia dalam membawa jemaah pergi Umrah. Beli rumah dapat pergi umrah sekali. kalau taknak boleh berikan tiket kepada mak ayah kita. 

Yang menarik lagi mengenai projek IJM land di Seremban 2 ini adalah :-



1. Down payment Rumah

Benda pertama yang mesti ada dikepala setiap bakal pembeli rumah kan. Yelah kalau baru nak mula kerja, EPF pun bukan la banyak sangat jadi mana la nak cari 10% untuk down payment rumah. Special di projek IJM Land ini dimana mereka menawarkan down payment yang rendah, 0%  interest olan ansuran sehingga 36 bulan menggunakan kad kredit,  2 Tahun Keahlian PERCUMA Kelab Seremban 2, Subsidi atas legal documentation fee. Jika korang ni pelanggan setia IJM land, korang akan dapat menikmati rebate 1% – 1.5% dibawah IJM Land’s Purchaser Priority Programme.

Jadi boleh tarik nafas lega pasal down payment kan. Jadi sementara tawaran ada ni cepat cepat la beli rumah 



2.  Bekerja di Kuala Lumpur? Ini la peluang anda
Kepada yang bekerja di Bangi, Putrajaya malah Kuala Lumpur sekali pun sangat la sesuai membeli rumah di Seremban 2 ini. Projek IJM Land ni berdekatan dengan highway plus. Kalau korang travel nak ke selatan tu boleh nampak projek projek sedang dilakukan. Dekat sangat dengan highway. Kemudahan public transport juga banyak membantu mereka yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Seremban 2. 

3. Kemudahan
Ainul sendiri pernah ke Seremban 2. Memang cantik. Suasana yang damai. kemudahan yang lengkap. Best ada Mydin mall , Aeon mall yang besar.

Kempen “Beli Rumah Jom Umrah “ terbuka kepada semua bumiputera dan promosi ini akan berakhir sehingga 31 July 2016 sahaja.  Projek perumahan yang terlibat adalah 20’ x 70’ 2-Storey linked homes  RM488,110,  22’ x 70’ linked homes RM558,410 and 24’ x 80’ super-linked homes price RM661,010 dan 2-Storey semi-detached homes harga dari RM925,110.
Ada setengah perumahan ini sudah pun siap dan sedia untuk diduduki dan pembeli boleh ambil peluang untuk melihat dahulu rumah rumah ini sebelum membeli

Untuk maklumat lanjut mengenai berapa harga rumah , rumah yang mana korang layak miliki dan bagaimana pulak proses untuk membolehkan korang layak dapat pakej Umrah FREE ini, sila la ke  website www.ijmland.com .

2 thoughts on “Rumah Murah Khas Untuk Bumiputera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge