Saya dulu Jurutera sekarang saya bekerja dari rumah

Assalamualaikum dan salam perkenalan

Blog perkenalan. Ye saya dulu seorang jurutera di sebuah company gergasi di Malaysia. Company pujaan ramai. Ramai yang berebut nak masuk ke company tersebut. Alhamdulillah saya salah seorang pemegang biasiswa company tersebut. Pemegang biasiswa dan saya terikat dengan kontrak untuk bekerja dengan company tersebut selama 8 tahun

6 tahun bekerja… PENAT !! sangat penat. Penat dengan kerenah manusia yang giler kuasa. Sanggup berbuat apa sahaja untuk naik pangkat.. PENAT mengharungi kesesakkan lalu lintas setiap hari.

Pulang lewat ke rumah.. paling awal sampai rumah jam 8malam. Itu kalau tiada meeting petang. Kalau ada sampai rumah jam 10malam. Keje di site pernah balik jam 4pagi. Sabtu Ahad juga kadang kadang saya bekerja

Saya balik anak sudah tidur.. esok pagi jam 6.30pagi anak masih tidur saya sudah keluar ke tempat kerja. Bila masa saya dengan anak? sabtu ahad? ye jika saya tidak bekerja. Sedih saya melihat dia tidur sendiri tanpa saya dodoikan… hanya berteman kan video upin ipin.

6 tahun akhirnya saya ambil keputusan BERHENTI KERJA. saya suka..saya sangat cinta akan kerjaya jurutera..mencabar, lasak.. tapi ANAK ADALAH KEUTAMAAN SAYA. Saya harus MEMILIH korbankan KERJAYA ATAU ANAK

saya memilih korban kerjaya saya….

anak adalah HARTA saya yang PALING BERHARGA.

11 bulan bergelar ibu bekerja di rumah… saya tidak duduk di rumah goyang kaki mengharapkan gaji suami. OH! tidak..

saya bekerja… ye bekerja dari rumah. sambil bekerja yang boleh menjana pendapatan, saya menjaga anak anak saya depan mata. PUAS HATI. Kepuasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata…

ramai diluar ejek.. ” rugi la belajar tinggi tinggi dok rumah ” .. ” suri rumah ni kolot “.. ”

Rugi ke? ILMU yang saya dapat dari pengalaman belajar dan bekerja masih saya gunakan sehingga kini..

maryam zulaikha
kekuatan mama

 

maryam zulaikha.. anak anak syurga saya. Kuatnya mama kerana kamu berdua. Mama kuatkan diri bangkit bila jatuh untuk kamu berdua… Catatan mama ini untuk kamu supaya kamu berdua tahu betapa sayangkan kamu berdua.

 

Terima kasih sayang

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Saya dulu Jurutera sekarang saya bekerja dari rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge