Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha
Selamat Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Haji, Hari Raya Korban. Hari mana kali ni? Macam biasa la team Shah Alam lagi. huhu

Parents Ainul tahun ni beraya di Lahad Datu di rumah adik yang bekerja kat sana. i is jeles.. huhu tapi apakan daya turun raya sebelah husband so kena la ikut giliran betul betul.

Sesi wajib raya. Bila anak anak makin membesar kemain susah nak ajak diaorang bergambar. ikut mood. mood ok maka gambar akan ok. ni mood Arreessa ok jadi sakan la dia posing. mood Maryam tak ok. Puas nak ajak bergambar. Dahlia mana? biasa la aktiviti harian dia TIDOQ

Time ni mood baik lagi. Jadi muka ceria je si Maryam bergambar. Ada la 1 pose Cik yam yang senym manis

Tang ni dah bad mood. gatal la, itu ini semua mai la. Sabo je la. Kakak juga nak maintain pose bergaya. Bertuah la 2 orang ni dapat baju raya tetiba.. ada kisah disebalik nak beli baju ni. nanti Ainul cite kan. Bila ingat balik ya ALLAH setiap ujian pasti ada hikmah.

Siapa yang merindui cik bam bam Dahlia…. tadaaaa nilah Dahlia yang baru bangun tido. mama dia terus angkut ambik gambar.

Si bulat yang suka senyum.. 
boolat macam bunga Dahlia jek

Pengorbanan mak mak time raya. Terpaksa maintain senyum ceria walaupun penat melayan kerenah anak anak yang macam macam . Penat tapi itu kenangan masa diaorang kecik kan. Kita masa kecik entah entah lagi teruk kerenah nya. Maka ini karma. huhu

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin jika ada salah silap terkasar bahasa, tersalah penulisan dalam blog ni. 

2 thoughts on “Selamat Hari Raya AidilAdha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge