Selamat ke Pencuci Di Rumah Kita Untuk Anak Anak

Selamat ke Pencuci Di Rumah Kita Untuk Anak Anak

Assalamualaikum & Selamat pagi

Hujung minggu merupakan saat paling indah bila dapat bersama keluarga dan dimanfaatkan untuk mengemas rumah terutama mencuci, mengemop lantai.  Tapi adakah lantai yang baru kita cuci itu selamat untuk anak anak kita? Ramai yang pandang remeh hal ini tetapi tanpa sedar sedikit demi sedikit mengganggu kesihatan anak anak kecil yang suka merangkak, berguling, kutip makanan atas lantai

Bahaya sangat ke? Mari kita lihat statistik ini
  • Statistik 1995 hingga 2000 mencatatkan sebanyak 16% daripada kes keracunan yang dirujuk kepada Pusat Racun Negara, membabitkan barangan di rumah
  • menduduki tempat ketiga selepas keracunan racun makhluk perosak (47%) dan ubat-ubatan (21.6%). Barangan di rumah ini kebanyakkan terdiri daripada bahan pencuci yang merupakan keperluan penting dalam rumah. 
  • Namun, jumlah sebenar adalah lebih tinggi jika rekodnya diambil daripada semua pusat rawatan di Malaysia. 

Keracunan boleh berlaku melalui setiap rongga badan seperti mulut, hidung dan kulit. Biasanya keracunan akibat tertelan melalui mulut boleh menyebabkan kesan keracunan mendadak kerana setengah bahan kimia yang terkandung dalam bahan-bahan pencuci boleh menyerap masuk daripada salur penghadaman ke dalam darah. 
Malah semasa berada dalam salur penghadaman, ia boleh memberikan kesan buruk kepada dinding organ-organ pencernaan, apatah lagi jika menyerap ke dalam darah yang mungkin akan mengakibatkan kesan buruk terhadap organ-organ lain kerana bahan racun dibawa ke seluruh badan oleh sistem peredaran. 
Namun begitu keracunan melalui sedutan dan kulit tidak boleh diabaikan kerana sesetengah bahan kimia terbabit menpunyai kesan topikal
Jenis Pencuci Dalam Bilik Air
Bahan Kimia
Utama
Kesan Keracunan
Rawatan Kecemasan
Detergen anionik, bukan ionik (cth: pencuci pakaian biasa, sabun/cecair mandian, detergent rendah buih, pencuci pinggan mangkuk, syampu dan perapi)
Alkilbenzena sulfonat
Natrium laurel sulfat
Natrium oleat
Dioktil natrium sulfosuksinat
Benzalkonium klorida
Melalui mulut:
Mual, muntah, cirit-birit
Jarang: Kekurangan  air dan gangguan elektrolit dalam badan
Melalui mata:
Rasa pedih, kecederaan risiko rendah
Beri minum segelas susu atau air.
Basuh mata dengan air yang banyak.
Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Detergen kationik (cth: Antiseptik, disinfektan, pelembut fabrik)
Bemzethonium klorida
Setalkonium klorida
Setrimid
Dequalinium klorida
Setrimonium klorida
Setilpridinium klorida
Stearalkonium klorida
Melalui mulut:
Mengkakis berbahaya boleh menyebabkan mual, muntah, lapisan mukus rasa panas, ciri-birit, tekanan darah rendah, sawan gangguan sistem saraf, peparu berair.
Melalui mata:
Kecederaan kakisan yang teruk
Beri minum segelas susu atau air. Jika jumlah yagn ditelan banyak, boleh diberikan arang teraktif.
Basuh mata dengan air yang banyak.
Jumpa doktor untuk pemeriksan dan rawatan lanjut.
Detergen rendah fostat
Surfaktan anionik/bukan ionik dengan (builders) fosfat dan alkali
Melalui mulut:
Boleh menyebabkan muntah, rasa panas pada mulut, farinks dan esofagus, cirit-birit paras kalsium rendah dalam darah.
Melalui mata:
Rasa pedih yang teruk, kecederaan dalam mata
Beri minum segelas susu atau air.
Basuh mata dengan air yang banyak.
Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Detergen enzim (cth: Detergen penghapus kotoran, (pre-soak)
Surfaktan ionik/bukan ionik dengan enzim proteolik/amilolitik
Melalui mulut:
Boleh menyebabkan mual, muntah, gangguan pernafasan, rasa pedih pada kulit
Melalui mata;
Rasa pedih yang sederhana pada konjunktiva.
Beri minum segelas susu atau air.
Basuh mata dengan air yang banyak.
Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Detergen alkali lain
Tripolifosfat
Natrium silikat
Natrium karbonat
Melalui mulut;
Mengkakis boleh menyebabkan ulser.
Melalui mata:
Rasa pedih yang sederhana pada konjunktiva.
Beri minum segelas susu atau air.
Basuh mata dengan air yang banyak.
Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

info dari : Kosmo 2012

2 Langkah Mudah Get Clean 

1. Mulakan dengan langkah pencegahan 
  • Menyimpan bahan-bahan pencuci jauh daripada capaian dan pandangan kanak-kanak (tempat tinggi dan tertutup/berkunci) serta menyimpan sebaik sahaja selesai menggunakannya.
  • Elakkan daripada memindahkan bahan pencuci ke bekas lain terutamanya kepada bekas makanan.
  • Cuba kekalkan seboleh mungkin, label asal pencuci bagi memudahkan mengenalpasti jenamanya dan mungkin maklumat kandungan bahan.
  • Menggunakan sarung tangan semasa menggunakan bahan pencuci terutamanya yang mempunyai kekuatan yang tinggi.
  • Bersihkan tumpahan secepat mungkin.
  • Jika perlu menggunakan apa-apa bahan pencuci adalah langkah pencegahan yang menjamin penggunaan yang selamat dan berkesan. Maklumat label boleh membantu dalam kecemasan jika berlaku keracunan. 
2.  Penggunaan pencuci organik yang selamat untuk anak anak 
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate – 473ml
Pencuci 1001 kegunaan
  1. Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
  2. Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah


*Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
*Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
*Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
*Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
*Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
*Dinding
*Permukaan dapur, jubin dan lantai
*Peralatan
*Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
*Tingkap dan cermin
*Perkakas
*Benda-benda diperbuat daripada kayu
*Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

One thought on “Selamat ke Pencuci Di Rumah Kita Untuk Anak Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge