Shell Out Style Sedap Di Shah Alam

Shell Out Style Sedap Di Shah Alam
Shell Out style atau bahasa kampungnya makan dalam talam. eh tak makan dalam talam pun.makan atas meja beramai ramai tanpa pinggan. Trend masa kini dan meriah viral di facebook. Walaupun dah raami orang viral. Ainul tak pernah try pun. asyik dok pikir leceh la, susah nak makan la. ishh banyak bebenor fikirnya. ni la contoh orang yang banyak alasan. banyak alasan sampai tak buat, tak cuba. sila jangan contohi ye.
Sabtu lepas, geng KBBA ajak pergi makan shell out style di Kota Kemuning. wah menarik jugak kan. boleh la tembus perasaan Ainul yang banyak alasan tu. 
Shell Out style ni atau nama glemer di cafe ni #jaricomot. ni baru la betul nama melayunya. makan shell out jari memang kena comot. baru la nikmattt
Cafe yang menyediakan shell out style atau #jaricomot ni adalah MyStoryCafe di Kota kemuning. Nak cari cafe ni mudah sangat. korang cari RHB Bank. cafe ni betul betul belakang RHB je. 
Dari luar, cafe ni nampak macam english style. Tapi jangan risau makanan ada western dan ada makanan asian, malaysia yang kena dengan selera kita semua
Dekorasi cafe yang simple siap ada poko dalam cafe ni buat kita rasa sangat selesa, sejuk dan relax. Terasa macam makan di rumah. 
dan salah 1 kegemaran Ainul dalam memilih cafe selain makanan adalah ada tempat bermain untuk anak anak. Anak anak ni cepat bosan kalau pergi makan dan kita lepak lama pulak dengan kawan kawan. Mula la anak anak meragam. Bila anak meragam takkan nak bagi gadget je. 
Bila ada tempat bermain ni, mereka ada aktiviti nak buat. ada khemah, ada buku, toys. sambil makan sambil main. Dapat berjumpa kawan kawan baru. Belajar bersosial.
Keunikan cafe ini semestinya pada shell out style yang diolah mengikut citarasa orang tempatan. Citarasa orang Malaysia yang sukankan pedas, sambal, masakan berempah macam kari. Kalau anda nak makan shell out yang dimasak sebegini datang la ke MyStoryCafe di Kota kemuning. 
terujakan! itu baru nampak gambar je. belum makan lagi. kalau makan lagi teruja baq hang. nak makan shell out ni kena pakai apron kuning tu ye. dah nama pun #jaricomot. bukan takat jari je wei. 1 badan pun boleh comot. 2 orang puteri santubong ni tak mau pulak pakai apron tu. rimas kot. belasah je la nak oii.. baju kotor baru la feeling mabeles makan shell out. 
Package Jari Comot atau Shell out di sini bermula dari RM70 untuk berdua atau bertiga. Korang boleh pilih nak seafood apa, nak masakan lagu mana. nak masak pedas, kari, butter garlic ke. ikut selera masing masing la ye. 
Murah sangat la RM70 untuk 2 orang. Dapat pulak 2 glass air FREE !! memang terbaik la kan
special kami punya dapat mud crab. besaq giler. nak makan kena ketuk dengan hammer. hihihi hamer ke nama dia. apa apa je la kan. 
Masakan memang tip top. sedap , pedas, cukup rasa. memang kena dengan selera cheq yang suka pedas ni. macam udang , sosej masak butter garlic. tak pedas. rasa lemak berkrim. anak anak suka. febret Maryam & Arreessa adalah lala masak cili. Anak anak Ainul Mustafa memang kaki makan pedas. lala tu sedap. yang tak sedap mama kena kopek satu satu untuk korang. gitu la bila jadi mak mak kan. perut anak suami kena jaga diri. apapun anak anak berselera makan. 
1 lagi kat shell out kami ada scallop masak black pepper. 1st time makan scallop ni. tak sangka sungguh sedap sehingga menjilat jilat kerang scallop tu. masak black pepper memang kena la dengan scallop ni. rasa lemak, pedas balck pepper tapi tidak terlalu pedas. very recommended pada mereka yang datang sini. order tau dan rasa sendiri syiok nya makan
Selain shell out atau jari comot ni, ada pelbagai pilihan makanan lain. kot la datang sesaja nak hangout dengan kawan kawan kan.
western food ada cheesy chicken chop, laksa johor, boxing chicken dan banyak lagi.
  
Boxing chicken ni rasa sweet sour. tak pedas dan isi pada ayam tu banyak. senang nak pegang jadi anak anak suka.  
Untuk dessert , special di sini adalah Coconut Ice Cream . Harga RM7.90 
terus jadi febret kami anak beranak. biskut yang nipis, ringan dan rangup. Ice cream kelapa yang cukup rasa, tidak terlalu manis. bila masuk mulut terasa isi kelapa dalam tu. 
pencuci mulut lain ada durian crepe, brownies, cakes 
Pengalaman makan shell out di sini memang syiok layan habis. Memang jari jemari akak comot sebab sedap.

Pada yang belum pernah try shell out style, boleh datang ke sini dengan package serendah RM35 per pax
Dimana shell out sedap di Shah Alam
Alamat: 
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 – 5131 0452
Encik Asrul Husni Bin Hussain – 018 779 1468
Puan Rahimah Binti Dato Abdul Rahim – 018 777 1468

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge