Si Rambut Blonde

Si Rambut Blonde

Terbaca majalah Ibu & anak pasal Si kecil rambut Blonde. Teringat kat Arreessa. Sejak dari kecik jumpa sesiapa mesti orang tanya ” eh rambut betul ke ni? ” Kaler rambut ke? dan ada juga tanya pada saya atau husband kawen mix ke? Padahal saya dan husband ade je kat sebelah. Ada rupa mix ke kami berdua.hehe

Kawan-kawan pun ada tanya apa tips masa hamil nak rambut anak macam Arreessa. Adoi tips apa ye? Makan apa sahaja. hihiihi

Asalnya Arreessa lahir rambut hitam macam baby lain jugak.

nampak tak rambut Arreessa selepas je lahir ke dunia. Mungkin tak selebat dan sehitam baby lain tapi kaler hitam kan…

Bila cukur botak dan rambut baru naik ….

Bila terkena cahaya lagi la nampak warna rambut dia. 
Sellau bila pergi jalan-jalan anak omputih nampak Arreessa dan tegur. Tercengang la Arreessa. Diaorang ingat kawan sebab warna rambut sama kot
Sekarang bila dah besar dan rambut pun dah makin panjang

Pernah sekali 1 kejadian di KLIA masa kami nak ke Brunei. Bila masuk check imigresen Ainul dan Arreessa masuk dulu check security. Husband terkebelakang sebab nak keluarkan laptop, camera la mak check kan. Belakang Ainul ada seorang mat saleh lelaki. Tetiba pegawai imigresen tanya ayah dia kt belakang tu ke? 

Sekarang Maryam pun orang ingat anak mat saleh. Ainul tengok biasa je. Muka melayu je cik yam ni. 

Pernah p shopping dengan 2 orang anak ni, salesgirl tu tanya Ainul ” akak kawen mix ye? ” Bila cakap takde la. kawen dengan orang melayu biasa je. Boleh pulak budak tu tak percaya

Akak dengan husband orang melayu makan belacan tempoyak jeee dik.. Rezeki Allah

Maryam rambut lambat tumbuh jadi belum tau lagi.. Nanti kita tengok rambut maryam macam kakak ke tak..

Apapun bersyukur dengan kurniaan ALLAH. Tips lain adalah 

1. cukur rambut anak sebab rambut dalam perut kan kotor.. kan dah naik warna blonde

2. Masa pregnant makan makanan yang berkhasiat ye 

3 thoughts on “Si Rambut Blonde

  1. Cutenya kak.. huhu harap2 anak sy juga xyah nak kaler2 bagai..haha ori .serius sukaaa.. eh.. leka sgt tgk anak2 kakak ni..sampai lupe nk kasi salam..salam kenal kak.. sje pepagi senaman blogwalking sini..kim slm kiss kat maryam^^

  2. sepupu saya pun ada rambut perang macam ni time kecik. muka pun cerah so semua orang panggil dia anak mat saleh. tapi lama lama makin besar makin hitam rambutnya. start sekolah menengah kot. so jadilah anak melayu balik. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge