Tahniah Ibu Mertuaku

Tahniah Ibu Mertuaku
Alhamdulillah setiap pengorbanan, air mata, kesusahan pasti akan datang kesenangan, kegembiraan. Cuma saat saat sukar, cabaran datang kita masih mampu hadapi atau tidak.

40 tahun bergiat aktif akhirnya mak mertua Ainul mendapat anugerah Sasterawan Negara ke 13. Alhamdulillah happy sangat dan tumpang bangga dengan kejayaan mak mertua. Ainul yakin perjalanan mama bukan mudah. bukan sekelip mata untuk dapat apa yang mama layak dapat sekarang

26 April 2016, Majlis Anugerah Sastera Negara telah dilakukan di Hotel Marriot Putrajaya. Alhamdulillah kami 1 family turut sama meraikan kejayaan ibu mertua. Kami diberikan 1 bilik di Hotel Marriot . Datang awal hari tu bawa anak anak mandi swiming pool dulu

 Mama sasterawan negara wanita pertama selepas 12 orang sasterawan lelaki sebelum ini. Kejayaan mama membuka peluang besar kepada wanita untuk lebih giat dalam bidang sastera.

di pameran sasterawan negara potret kami sekeluarga. Dari zaman husband kecil sampai dah anak 2. beza tak muka dia. Gambar bawah tu dia yang pakai baju melayu biru gelap tu.

Pameran galeri sasterawan negara. Kisah perjalanan mama dalm dunia sasteranya. kejayaan beliau, anugerah, buku buku yang mama pernah terbitkan.

anak anak sebelum maryam tertidur sepanjang majlis. penat mandi kolam. sebenarnya itu strategi mama untuk korang supaya cepat tidur. hihi

Persembahan malam itu yang sangat best. Lakonan yang mantap berkisah kan puisi puisi mama.

dan persembahan Nasser Wahab. Suara sedap sama macam dalam radio.

Majlis Anugerah telah di sampaikan oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia.

Ahli keluarga yang hadir malam itu. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Tahniah mama semoga saya juga menjadi hebat seperti mama. Nak jadi hebat kena kuat, kental dan tahan segala suara suara kecil di sekeliling kita.

One thought on “Tahniah Ibu Mertuaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge